Pages

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010



Salam...first entry untuk tahun ni..Selamat Tahun Baru 2010...tak berasa dah tahun 2010...cam sekejap jer masa berlalu...sekadar mengimbau kengangan tahun 2009 sebelum aku mencoretkan azam untuk tahun ini...

Tahun 2009 merupakan tahun dimana aku telah bergelar sebagai seorang warga pendidik..bukan warga pendidik di sekolah rendah atau menengah, sebaliknya menjadi warga pendidik di sebuah universiti ulung di Malaysia iaitu Universiti Teknologi MARA. Ditempatkan di Kampus Mukah memberikan seribu satu warna dalam kehidupan ku..Tidak pernah terlintas difikiran ini akan ditempatkan di sini iaitu di Mukah sebagai pensyarah Diploma Pengurusan Ladang. Berbagai kenangan pahit dan manis telah aku tempuhi sepanjang tahun 2009 di sini.

Sebelum berbicara lebih lanjut, ingin aku nukilkan di sini cita-cita asal aku. Sebenarnya di bangku sekolah lagi aku bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cita-cita tinggal cita-cita setelah keputusan SPM aku tidak mengizinkan aku untuk berangan menjadi seorang doktor. Terkadang aku terfikir mengapa keputusan SPM tidak begitu menyebelahi diriku. Jika dibandingkan dengan keputusan UPSR dan PMR, kedua-dua peperiksaan tersebut much-much better than my SPM. Setelah keputusan SPM keluar, aku terus mengisi borang UPU. Masa tu masih lagi menggunakan borang OMR. Kalau tak silap aku masa tu pilihan pertama aku adalah Diploma Sains Komputer, kerana minat aku yang sungguh mendalam dalam bidang perkomputeran. Tetapi sebaliknya telah berlaku, di mana permohonan aku untuk mengikuti pengajian melalui UPU telah gagal semata-mata kerana aku telah tersilap mengisi borang OMR tersebut. Aku telah mengisi angka giliran PMR aku di dalam borang tersebut. Angka giliran PMR dan SPM aku tidak jauh berbeza, SA110 dan SA101 awalan nya..Aku dah lupa mana satu angka giliran PMR dan mana satu angka giliran SPM. Tetapi yang pastinya angka giliran SPM aku telah tersilap di dalam borang OMR itu. So melepaslah aku untuk memasuki IPTA.

Then dapat tawaran belajar di tingkatan 6, di SMK Tun Abdul Razak (formerly known as Kolej Tun Abdul Razak), aka Dragon School. Sambung form 6 tu pun tak lama jugak. Adalah dalam sebulan lebih macam tu. Paztu aku balik kampung..Tak tau nak buat apa, aku kerja lah kat ladang sawit. Kebetulan pulak kawan-kawan kat kampung ramai yang kerja sawit..Terutamanya my best friend, Abang Rozaimi aka Jompot. Kira nya ada geng jugaklah kerja kt ladang sawit ni.. Tugas aku memikul guni baja, MOP, Urea, Boron semua tu. Disamping itu, menebas rumput dan semak yang tumbuh di celah-celah pokok sawit. Banyaklah kenangan manis aku kerja kat ladang.

Sambil-sambil kerja kat ladang tu aku adalah apply nak masuk kat mana-mana. Aku ada apply kt Politeknik Kuching, CHIAST, borang SPA (Medical Assistant), and UiTM. Memang ada hikmah nya aku tak dpt offer UPU tu. Semua yang aku apply, alhamdulillah, semuanya dapat. Tawaran Politeknik Kuching aku dapat bidang Diploma Kejuruteraan Awam, serentak dengan itu aku dapat tawaran dari UiTM, bidang pulak Diploma Pengurusan Ladang. Masa tu aku dalam dilema, nak masuk UiTM ke Poli. Tanyalah pendapat abang aku, coz dia pun dari poli gak..apa dia cakap kat aku, "Better ko masuk UiTM, dah nama pun U, kalau konvo pakai topi segi empat, kalo kat poli pakai songkok biasa jer".. Bila aku dengar dia cakap macam tu terus aku tekad nak masuk UiTM.

Dengan duit hasil kerja ladang sawit tu lah aku bayar yuran UiTM. Dah masuk UiTM pulak, aku dalam dilema lagi. Masuk semester ke dua aku telah ditawarkan untuk mengikuti latihan separa perubatan iaitu Pembantu Perubatan aka Medical Assistant. Aku tak pernah sangka pun boleh dapat MA tu coz time interview pun macam tipis jer peluang aku. Aku telah berfikir sedalam-dalam nya untuk terima ke tak tawaran tu. Terus aku bertanya pelbagai pihak, tanya pendapat ketua program DPIM, En. Sulaiman Man, tanya kawan kakak aku yang kerja sebagai MA kt hospital Simunjan, En. Bujang Jelen, dan juga abang aku, Natu, setelah dipertimbangkan aku terus menolak tawaran tersebut. Masa tersebut aku rasa telah membuat keputusan yang besar di dalam hidup ku. Tawaran seterusnya adalah daripada Pusat Latihan Vokasional Kebangsaan aka CHIAST di Shah Alam. Aku dapat tawaran Diploma Pengajar Teknologi Percetakan. Melalui CHIAST tersebut juga menjadi platform aku untuk menjadi pensyarah, tetapi pensyarah di Poli atau mana-mana pusat vokasional dan teknikal yang lain. Tetapi bila fikir balik, aku kena fokus kan pengajian aku kt UiTM.


Semasa menuntut di UiTM ini lah aku teruskan tekad aku untuk menjadi pensyarah suatu hari nanti. Kerana dorongan Puan Hasmah jugalah aku terus menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. Kalau kita memang bertekad untuk mendapat kan sesuatu tersebut diiringi dengan usaha insyaAllah akan berjaya. Daripada sekadar niat untuk menjadi pensyarah, akhirnya telah menjadi kenyataan. Kerana bagi aku, kalau memang dah worse to come to worse, barulah aku masuk ladang menjadi assistant manager. Walaupun aku mempunyai kelayakan di dalam bidang tersebut, tak semestinya aku kena pergi kerja kat ladang jugak. Dah memang minat aku tidak ke arah itu. Kerana aku memang tidak pernah terfikirkan untuk bekerja di ladang, walaupun aku sedar dan akui gaji yang ditawarkan adalah lumayan. Wang adalah bukan segala-galanya. Kepuasan kerja itu adalah penting. Aku rasa memang aku mempunyai enthusiasm yang tinggi untuk menjadi warga pendidik. Biarlah aku tidak semewah rakan-rakan yang lain yang berkerja sebagai assistant manager di ladang, asalkan aku dapat menyumbag bakti balik ke UiTM dan aku puas dengan kerja aku.

Liku-liku untuk menjadi seorang pensyarah tidaklah sesenang dan semudah yang digambarkan. Daripada proses mengisi borang sehinggalah menghadiri sesi temuga, dan akhir sekali setelah ditempatkan di sini, iaitu di Mukah. Aku masih ingat lagi masa aku dengan my best friend ever, Husnul Farhannah, mengisi borang untuk jawatan pensyarah muda tersebut. Itulah pengalaman pertama Husnul yang biasa aku bahasakan sebagai Are Wak membonceng motosikal bersama aku. Semata-mata untuk mengambil gambar bersaiz passport di kedai gambar di Seksyen 2 Shah Alam. Sebelumnya kita orang bercadang mengambil gambar di seksyen 6, coz studio artis-artis ambik gambar katakan. Masalahnya, studio tersebut banyak songeh pulak dia. Kalau nak burn gambar yand diambik tu kena bayar lagi lah apa lah. Entah lah.. Macam-macam. Bila fikir balik lawak pun ada jugak..haha..Semasa balik dari mengambil gambar tersebut lah kami berdua sedikit lagi dilanggar oleh sebuah kereta di round about area kolej jati tu. Aku masa tu pasrah jer lah, koz aku tengok kt side mirror macam dah dekat sangat kereta tu. Siap Are Wak menjerit lagi time tu. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Seterusnya, penghujung tahun 2008, aku dapat panggilan dari UiTM Samarahan untuk hadir sesi temuduga iaitu mock teaching presentation. So aku berangkat lah dari my hometown, menggunakan jalan darat kerana pada masa tersebut aku tidak berapa familiar dgn jalan laut. Dalam perjalanan tersebut, tayar belakang moto yang aku tunggangi tiba-tiba kehilangan angin dan telah menyebabkan motor tersebut terhuyang hayang ke kiri dan ke kanan. Di sisi side mirror aku boleh nampak sebuah kereta myvi berwarna hitam kalau tak silap aku telah perlahan-lahan menjarakkan diri dari aku takut terlanggar kan aku. Aku time tu memang dah tawakal dah, kalau eksiden ke apa ni, teruklah aku. Aku dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Alhamdulillah, tuhan masih sayangkan aku, aku berjaya memberhentikan motorsikal aku tersebut tanpa mengalami apa-apa kemalangan. Setelah berjaya mengawal dan memberhentikan motor aku dgn selamat, kaki dan tangan aku terus menggigil. Kerana tidak percaya apa yang baru aku alami. Sungguh, aku sudah terbayankan yang aku akan eksiden dengan maha dahsyat nya. Ditambah pula ada kereta kat belakang aku time tu, dahlah moto aku tengan bergerak laju time tu, kalau tak memang naya kena langgar kereta belakang aku. Memang aku syukur sangatlah.

Peristiwa tersebut berlaku di jalan batu brp entah. Rupa-rupanya ada paku bukan nya paku pin, paku dua inci telah tercucuk tayar aku. Sudahlah tayar tu tubeless, habis lah kalau dah tercucuk dek paku tersebut hancurlah tayar tersebut. Kena ganti baru lah gamak nya. Aku cuba dapatkan bantuan orang kampung di situ. Mana tau ada bengkel motor yang dekat - dekat area tu ke, malangnya kat kampung tersebut takde bengkel, yang terdekat adalah terletak di batu 11, iaitu dekat simpang mongkos. Baru jer aku nak bergerak menuntun moto aku tersebut, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa berteduh sekejap di pondok bas di tepi jalan tersebut. Masa orang kampung tu bagi tau kat bt. 11 aku takde idea kt mana sebenarnya. Aku telah menuntut moto aku tersebut kalau tak silap selama 40 minit baru lah sampai kat bengkel tersebut. Sungguh memenatkan. Kerana menuntun moto yang bocor tube nya. tayar belakang lagi tu. Aku anggap semua yang berlaku pada hari tersebut adalah ujian dan dugaan-Nya.

Cabaran aku dgn husnul belum berhenti setakat itu, keesokan hari nya, semasa kami dalam perjalanan ke UiTM Samarahan untuk menghadiri temuduga tersebut, Husnul mendapat panggilan telefon dari kazen dia, Zana mengatakan yang mereka telah eksiden di Batu 12, simpang puncak borneo. Husnul time tu dah keruan dah. Yalah memikirkan takut ada perkara yang tak elok terjadi kepada mereka.. Kami terus kan perjalanan setelah zana memberitahu hanya kereta mereka yang remuk iaitu di bahagian bonet.

Setelah menghadiri sesi temuduga tersebut, alhamdulillah both of us dapat tawaran menjadi pensyarah sambilan sepenuh masa. Masa tu aku tak ambil port sangat pasal pensyarah sambilan sepenuh masa atau part time full time tersebut,as long as jadi lecturer. Esok nya, iaitu pada 02 Januari 2009, aku dikehendaki melapor diri ke UiTM Samarahan. Aku dah sampai kat kuching tiba-tiba kerani dari Sekolah SMK Sri Sadong call aku mintak datang immediately esok nya untuk mengajar subject KHB 3 -Sains Pertanian. Time tu aku jual mahal ckit, dengan bangga nya aku cakap aku dapat offer dari UiTM jadi pensyarah. Ambik ko! Alahai lah ...before ni takde pulak sekolah tu call aku. Kalau tak nak jugak aku jadi cikgu sandaran, iyelah tak payah nak fikir apa-apa koz sekolah tu memang kt hometown aku. Tak payah nak fikir pasal rumah ker apa. Tak payah nak fikir makan minum, koz aku duduk rmh sendiri. Kalau diaorang tawarkan aku cikgu sandaran tu awal sedikit maybe aku boleh consider. Ni aku dah dapat tawaran jadi lecturer, baru diorang nak terhegeh2 kol mintak datang segera. Mana boleh macam tu.

Seminggu berada di UiTM Samarahan aku dan husnul buat persedian apa yang patut sebelum pergi ke UiTM Mukah. Masa yang ditunggu pun telah tiba, perjalanan ke Mukah pun bermula. Pada awal nya memang aku tidak menyangka yang jalan mukah sebegitu teruk, kerana sebelum ini aku memang pernah pergi ke Mukah, kali terakhir semasa mengikut latihan praktik industri di Ladang Sri Duan, SPAD. Masa tu jalan ok lagi. Masuk jer jalan mukah time tu hari dah beransur malam. Hujan lagi tu. JUmpa pulak driver yang ada bengong ckit. Suka hati dia jer nak drive bus tu. Aku masih ingat lagi sampai satu tahap, mikroskop yang kita bawa tu melompat dan terjatuh dari tempat duduk. Nasib mikroskop tu ok lagi. Kalau rosak tak tau lah. Dalam perjalan dari simpang Selangau ke Mukah tu aku tak henti-henti dalam hati mengatakan bila lah nak sampai ni. Memang perjalanan hari tu sungguh menyeksakan. Sampai jer simpang balingian terus hati berbunga. Jalan dah ok. Aku menghembus nafas lega.

Setelah melapor diri di UiTM Kampus Mukah, bermula lah kehidupan aku sebagai pensyarah. Berbagai kenangan manis yang tek boleh aku lupakan. Berjumpa dengan kenalan baru seperti Miss Debbie (Accounting Lecturer ), Miss Tania (Economics Lecturer ), Miss Diane Bungan but I always type her name as Dayenne (English Lecturer ), Sir Musa, (English Lecturer), Sir Izwan (Lecturer English), Sir Ananda (English Lecturer), Dr. Tang (Mathematics Lecturer), Encik Senian (Penyelaras Kampus), Hajah Oriah (Marketing Lecturer), Madam Doreena (Chemistry Lecturer), dan juga Madam Christie (Computer Sciece Lecturer). Itu kenalan pensyarah semester pertama aku mengajar di UiTM Mukah. Staff sokongan yang lain nya seperti En. Pengiran dan Kak Ana (Pentadbiran), Kak Jue dan Kak Kad (Kewangan) Tahir dan Normah (Library), Kak Kiah (Kolej), Abg Ramzi dan Abg. Zahir (Pengangkutan), Bang Adnan, dan juga mereka dari keselamatan Pak Cik Raden, En. Sufian, En. Johny, En. Khairul, dan tidak lupa pengawal wanita, Cik Doreena kita! haha...

Pengalaman pergi ke Sabah iaitu Retreat Akademik dan Penandaarasan pada bulan Jun merapatkan lagi persahabatan kita orang. Kita semakin rapat antara satu sama lain. Pengalaman bersama pergi ke Sabah memang tidak dapat dilupakan. Banyak kenangan manis di sana. Pergi ke Poring Hot Spring, Sabah Tea Plantation, dan juga pulau manukan.

Tidak lupa juga pengalaman bertemu dengan my honey kt sana. Pengalaman di tanjung aru memulakan segala-gala nya yang terpendam selama ini. Bermula lah kisah cinta di Sabah. Haha. Apa-apa pun, thanks honey koz sudi menerima sayang yang tak seberapa ni. Dahlah tak hensem, pendek lagi tu. Orang kata orang rendah ni, akal nya panjang. Itu ku setuju.haha.

Masuk semester seterusnya, kami telah kehilangan seorang kawan, Miss Dayenne telah pergi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Australia. Aku dengan dayenne ni memang tak sebulu. Ada jer benda yang boleh dibawak bergaduh. Haha. biasalah kan, kwn rapat ni. Walaupun kenal dia selama 6 bulan sahaja, tetapi sudah cukup memberikan kenangan manis dalam persahabatan kita orang. Sem ni kita kenal dua orang lagi pensyarah baru. Miss Nurul dan juga Miss Elisha. Kira boleh masuk line kita orang jugaklah dia dua orang ni. Especially geng2 perempuan. Ada2 jer aktiviti diaorang buat kt opis mereka kat bawah tu. Aku tak leh join sekali koz diorang ni main macam main pondok-pondok. Main make-up make up lah. entah lah diorang tu. haha.

Dikala rakan-rakan lain telah mendapat jawatan Pensyarah Muda (Kontrak), si Tania pula tiba-tiba tak dapat. Masa tu kita orang sangat kasihan dengan Tania. Tania masa tu memang dah demotivated nak teruskan kerja. Aku sentiasa bagi semangat kat dia. Iyerlah, memang kasihan sangat kat dia. Tania hanya menyumbang baktinya di UiTM MUkah hanya untuk dua semester, semester ini tiada lagi lah kalibat tania. Terasa sunyi jer setelah tania dan dayenne tiada lagi di UiTM Mukah. Tinggallah kami bertiga iaitu Husnul, aku dan Debbie, yang masih rapat. Tambah seorang lagi iaitu Nurul. Pagi tadi aku dapat tahu yang Elisha menolak tawaran untuk mengajar sem ni koz mak dia soh ambik jadi cikgu. So kurang lagi lah geng2 kita orang.. Tetapi memang terasa sunyi sangat bila ketiadaan tania dan dayenne. Huhu.. Sedih aku....rasa cam nak nangis jer ni..huhu..

Sebagai kenangan bersama, kita telah merancang untuk pergi ke Sibu. Sebagai kenangan bersama Tania. Quite a sweet memory kt sibu tu. Macam-macamlah.

Ok bercerita pulak tentang azam tahun baru. Ini aku senaraikan azam tahun baru aku k..
  1. Mengurangkan berat badan-berat badan aku sekarang ni dah overweight sikit. Alahai lah. Mana tak nya, kerja pun kurang physical activity, duduk jer mengadap komputer, buat lecture note pagi petang. So, tahun ni aku nak berazam, kalau boleh tiap-tiap petang kena bersenam. Buatlah apa-apa yang patut, berjogging ker, berenang ker(macam lah aku tau berenang), takpun poco-poco..haha..or maybe tahun ni aku nak join students aku main futsal petang. Tp seganlah pulak aku, koz aku ni tak berapa pandai main bola ni. Walaupun minat tu ada. Tp aku try nanti. Satu lagi kena jaga permakanan. Kurangkan makan nasi. So diet lah. Kalau boleh kurang 2-3 kg tu dah kira ok dah tu.
  2. Berhenti merokok - Ni nak buka pekung di dada sendiri lah ni. Haha. Ramai orang ingat aku ni tak merokok. Yelah, macam budak baik jer. Even family aku pun tak tau yang aku ni merokok curi-curi. Kalau diorang baca blog ni pun nasiblah. Before ni pun aku dah berhenti merokok sebanyak 3 kali, tapi tahun ni aku azam nak berhenti terus. Merokok pun bukannya heavy sangat, sekadar social smoker. Saja suka-suka. Takut dari suka-suka tu lah jadi addict terus. Last aku merokok semalam. Buruk kan perangai aku ni? Pandai merokok..anak sapa lah ni..haha
  3. Kumpul duit beli kereta - Ni satu lagi impian aku, aku plan nak beli kereta Persona SE, warna merah maroon tu. Aku tak tau apa lah yang aku minat sangat kat kereta tu. Dah nama kita ni minat kereta tu. Kalau ikutkan aku nak angkat Honda City 2009 yang kaler biru tu. Tapi tengok keadaan kewangan sekarang macam tak mampu jer. Kalau dah ada master ni boleh kot. haha.Target aku, paling lambat before raya tahun ni aku dah dapat kereta tu. Hari tu time kat kuching kalau aku ada bawak sekali payslip, dah kuar dah kereta aku tu. Tp time tu pun aku masih fikir-fikir lagi. Nak beli ke tak. So, untuk bayar murah sikit, start dari bulan Januari ni aku kena kumpul at least RM1000 every month untuk bayar down payment RM6000+ tu. Tak lah aku kena bayar RM771 per month, dapatlah RM694 permonth. Self esteem jugaklah aku pilih kereta tu, daripada aku ambik Myvi special edition, baik aku ambik Persona, baru orang tengok pun terpersona. Tu aku quote dari kawan aku, si Ijud time dia komen kt FB Baien pasal benda yang sama. Alza ke Persona. Beli kereta ni bergantung kepada permohonan aku untuk mendapatkan biasiswa TPM. Tabung Pengajar Muda. Kalau aku dapat TPM tersebut, aku tak jadilah beli kereta. Kang kalau aku sambung belajar full time, siapa nak tolong sambung bayar kereta tu? Jawab? haha
  4. Sambung master - Ni nak tak nak kena buat. Kalau aku dapat TPM tu mudah lagi lah kerja aku nak sambung master. Tak payah nak fikir banyak. Dah orang offer sambung belajar, pergi jer lah. Tapi macam tak confident jer aku, koz bidang yang ditawarkan untuk master tersebut hanya dua, iaitu Agribusiness dan Agricultural Engineering. Aku ni minat bidang Entomology. Kalau boleh nak buat full time kat UKM. Setahun boleh siap. Course work jer, bukan apa, senang dan memudahkan kerja. Walaupun kalau untuk jangka masa panjang tak elok buat master by kozwork ni, as long as ada master, research ke kozwork ker, dapat jer master terus dapat gred DM45. Kalau aku buat by research kang bertelor menunggu nak siap. Ok jugak kalau dapat buat by research ni, nanti kalau nak sambung PhD senang. Tak payah nak bersusah-susah lagi dah. Aim aku sekarang ni buat wat ever master, asalkan aku dapat master, barulah sonang hidup ni. Kalau dah worse sangat nanti, aku memang akan buat master kt UNIMAS, ambik jer lah bidang Master Environment (Land Use and Water Resource) tu. Setahun setengah boleh siap. Walaupun bidang tu aku tak berapa minat. Tapi terkadang aku fikir nak buat by research jugak. Buat pasal insect jugak, under Prof. Dr. Fatimah Abang, TNCA UNIMAS, tapi itulah nak buat master proposal pun terkial-kial ni. Dah jumpa dia personally hari tu, dia ok jer aku buat under dia. TNCA Unimas U! haha.bukan calang-calang orang tu. Kalau aku berjaya siapkan master aku under dia tu, kira dah ok sangat dah. Ini depend dengan aku punya master proposal nanti diterima ke tak, kalau diterima maybe aku buat by research koz yuran pengajian by research satu sem di UNIMAS much-much cheaper than UiTM. Cost about RM600+ per semester. Sedangkan UiTM, RM1000+ tu pun dah bagi discount 50% coz staff UiTM kan. Apa punya mahal lah yuran post graduate UiTM ni. Yang pasti aku kena fokus dapatkan master aku dalam masa tidak lebih dari 3 tahun.
  5. Beli gadget baru - Laptop aku ni dah usang dah. Lama bebeno dari zaman aku belajar degree dulu. Berapa tahun dah tak format laptop ni, tulah pasal dia ni lembab sikit. Tak boleh nak format koz DVD ROM dia dah rosak. Hari tu dah bawak pegi kedai nak tukarkan DVD ROM dengan yang baru. Dah pasang apa semua tapi tak boleh detect. Kenalah bukak balik. Tak dapeklah nak tukar DVD ROM yang baru. So aku plan lah nak beli lagi satu. Tapi aku tak nak beli laptop lagi, aku nak beli note book jer. Senang nak bawak ke hulu ke hilir. Laptop ni rasa nak patah dah tulang belakang aku mengheret nya ke hulu ke hilir. So, note book jenama HP menarik perhatian aku, coz dia dah siap letak recovery dalam HD dia. So senang nanti kalau notebook aku ada problem senang nak format, boleh jer buat sendiri. Aku kalau tengok notebook ni tengok dia ada recovery (back up) partition ke tak. Dats mean kalau ada apa-apa masalah, kita boleh format sendiri laptop tu. Tekan jer button something terus dia format sendiri, tak payah nak guna disc windows ker apa koz dah sedia ada dalam laptop tu. Kalau yang tadke tu payah, kalau rosak kenalah soh kedai formatkan, Melayang RM30 tak pasal-pasal.
  6. Gadjet seterusnya untuk tahun 2010 adalah nak beli Digital Single Lens Reflex (DSLR). Kalau ada sapa-sapa tak tau apa tu DSLR, tulah kamera digital yang professional photographer guna tu. Yang ada lens besar dan panjang - panjang. Melalui pengalaman menggunakan kamera student aku iaitu kamera canon EOS 500D Syafiq, memang gambar yang di ambil menggunakan kamera SLR jauh perbezaannya daripada kamera digital compact yang biasa. Gambar nya seolah-olah kelihatan more natural. Aku plan nak beli jugak lah satu nanti.,brand yang sama macam si Syafiq tu, Canon EOS 500D. Hari tu ada promotion kat kuching dia bagi RM3300++ less RM300. Time tu credit card aku kat mukah. Nasiblah. Kalau credit card aku siap awal iaitu before aku attach kat kuching selama sebulan tu siaplah, kompom aku angkat sebijik kamera tu. Takpe tahun ni mesti angkat satu! haha.
So, itulah di antara beberapa azam aku untuk tahun 2010 ni. Semoga akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.