Pages

Sunday, August 1, 2010

Dah setahun dah,....

Salam, malas nak sambung entry before ni..biarlah, no more volume 2 for the previous post...takde mood nak citer benda tu lagi...this week jiwa ada kacau sikit...huhu..entahlah, kadang-kadang perasaan itu datang dengan tiba-tiba, cuba untuk membuat penafian tetapi akhirnya ia muncul juga...this is the first time I felt this kind of feeling. I tot mybe just mainan perasaan semata-mata, tapi aku memang tak dapat menafikannya..Sungguh! (Perhatian: Ini takde kena mengena dgn orang sebelum ini, sekadar perasaan hati ini yang tak keruan)

Sungguh perit...pada awalnya memang aku tak boleh mengawal diri, termenung sana termenung sini, tambahan pula duduk seorang diri di rumah, tiada teman untuk berbicara dan juga tiada teman yang memang betul-betul faham akan diri ini. Terkadang mati kutu aku dibuatnya..Duduk di sejadah selepas sembahyang, aku menilai diri sendiri...kebiasannya, perasaan itu akan tiba-tiba menjelma pada sebelah petang, aku tak tahu kenapa terasa sebegitu perit hati ini...tiada siapa yang aku boleh harapkan untuk bercerita masalah ini, memang tiada siapa..hatta kawan rapat sendiri..sampai satu tahap aku boleh menangis tanpa disedari, sebelum ini aku memang tidak pernah mengalami situasi seperti ini...selepas menangis aku rasa lega sedikit. Terkadang aku akan pergi ke pantai memerhati ombak-ombak laut yang menghempas pantai, sehingga hati ku lupa akannya..memang itulah diantara cara-cara aku untuk melupakannya, selain daripada menyibukkan diri.

Memang aku dikenali sebagai seorang yang sangat periang dan mudah senyum. Aku mampu untuk menyembunyikan perasaan dan gelodak jiwa ini daripada khalayak ramai. Aku lebih suka berdiam diri. Memang ini akan memakan masa bagi aku. Ini sudah masuk minggu ke dua aku seperti ini. Entah sampai bilakah aku akan terus begini. Aku rasa hendak melarikan diri dari semua ini, kalau boleh aku nak buat master aku secepat mungkin, supaya aku boleh lari dari bumi Sarawak ini. Hatta kalau boleh aku ingin sekali untuk menyambung pelajaran aku ke peringkat PhD. Biarlah usia ku ini aku abadikan untuk menyambung pelajaran ku. Aku memang tidak dipandang oleh sesiapa selagi kerja masih terumbang ambing seperti ini...Aku harap perasaan ini akan cepat berlalu, supaya aku boleh meneruskan kehidupan seharian ku seperti biasa seperti sebelum ini. Sungguh perit bila ikatan itu telah menyentuh hati. Memang sungguh sukar dan payah untuk dilupakan, walaupun aku terfikir betapa bodoh nya diri ku ini.

Berbalik kepada cerita asal, semalam 1 Ogos 2010, genaplah setahun aku duduk di rumah sewa aku. Genap setahun juga lah aku duduk seorang diri, tiada teman serumah. Pahit manis hidup bujang ku tanggung sendiri. Macam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang setahun aku duduk seorang di sini. Ingin mencari teman serumah yang sekapala memang sukar bagi ku. Lebih baik aku duduk seorang daripada duduk berteman jika teman serumah itu tidak menghormati kita yang akhirnya mewujudkan konflik di kemudian hari.

Akhir kata untuk kali ini

PEACE!~