lama tak update blog kan..sangat2 lah bizi lately ni..baru jer lepas hbs final exam..ni pun tiba2 datang idea nak update blog bcoz dah boring sangat kat kolej takde buat ape..Dok termenung sana termenung sini tiba2 aku teringat nak tulis post pasal telefon bimbit yang aku pernah ada.
Bila dicongak2 rupa2 nya banyak jugak telefon bimbit yang aku ada, daripada hp biasa sehinggalah hp yang canggih manggih..hehe..
Aku masa sekolah terus terang aku cakap aku tak pernah ada hp. Yelah, siapa nak beli kat aku, nak harapkan orang tua memang takde lah. Zaman aku sekolah menengah tu budak2 cina jer yg ada hp..kita org ni hanya mampu memandang dari jauh jer lah..haha..Aku bukan org senang pun kan, hanya ada biasiswa Yayasan Sarawak jer..tu lah duit yg aku guna untuk beli buku rujukan semua, tapi bila aku tengok bebudak zaman sekarang, kecik2 lagi dah ada hp. Aku pulak, masuk universiti baru lah berpeluang nak ada sebijik hp.Sebenarnya jenuh jugak aku nak ingat balik model2 telefon yang pernah aku ada, sangat2 terima kasih kepada mr. google kerana semua benda boleh tanyak kt diorang..magic kan? haha..Tapi hanya ada satu hp yang aku tak ingat model nya..bukan apa, tu bukan hp aku beli tp hp aku jumpa tepi jalan. haha..kalo beli sendiri mesti ingat kan..hehe.
Ok, hp pertama yang aku beli ialah hp Motorola C450,, hp ni kecik jer..Masa ni aku beli time aku part 1 diploma di UiTMCS, masa tu tahun 2004.. Aku beli kt wisma seberkas kalo tak silap. Harga? RM600+!!! gila keribang lah kan harga hp time tu..memang bukan2..memang mahal lah time tu. Masa ni kuar jer duit PTPTN, terus terfikir nak beli satu hp. Koz aku memang takde hp lah kan. No simkad pulak 019-4394504, kalo tak silap lah..tp sim kad tu dah tak aktif dah, koz masa aku part 1 diploma tu prepaid dlm RM30, RM50 dan RM100. Time tu mana lah mampu nak merelod kan. Jumpa pulak cuti semester lagi lah, dahlah kering, nak relod RM30 pun dah rasa payah giler..so nombor tu pun deactivate lah gara2 tak kena reload, sebab bila masuk sem baru,, nak kena tunggu PTPTN pulak dah. Untuk makluman, hp Motorola C450 aku ni di masa tersebut boleh dikira hp yg hebat jugak lah, mana tidak nye, org masih berbangga dgn hp Nokia 3310, ubah lampu warna biru dan lampu warna putih, ringtone pulak masih monophonic, aku pulak dah pakai hp yang screen berkaler,, paztu ringtone pulak polyphonic, mestilah bangga kan. Yang tak bestnya hp ni, dia takde kamera langsung. (time tu kalo hp yg ada kamera tu dah kira org kaya lah pakai..haha..iyerlah, rata2 masih pakai 3310 lagi time ni, hp motorola aku ni pulak consider hp yang canggih jugak lah.., paztu volume hp ni terlampau lah kecik walaupun kita dah bukak maksimum, thats why aku slalu dpt missed call. gara2 tak dengar bunyi hp ni lah.) Aku guna hp ni smpai part 6 diploma kalo tak silap. Ada satu jer benda aku tak suka guna hp ni,, dia akan kuar bunyi yang seperti orang batuk bila takde coverage. Memang annoying lah bunyi tu.., hp ni parah giler bila dia slalu sangat terpadam sendiri, bateri full lagi, paztu tiba2 terpadam sendiri. that's why I think I'm gonna buy a new mobile phone.
Masuk part 6 diploma pulak (2006), aku ada buat bisness jual baju untuk D'Planters' Guild. Aku yang buat design semua dgn buat tempahan kt kedai di Wisma Hopoh. Time tu takde masalah nak buat collection duit untuk baju tu koz kita org kan SENIOR. SENIOR lah katakan..haha..Masa ni aku dgn senior aku sorang tu lah bissness baju, ada lah untung sikit daripada jual baju tu. Masa tu baru aku fikir, seronok jugak berbissness ni. Yalah mcm tak percaya dapat untung sebanyak tu. jumlah untuk jual baju tu aku tak brp ingat tp kira banyak jugak lah, pztu aku fikir baik aku beli something guna duit tu, rather than beli barang yang entah apa2 kan,, memandangkan hp Motorola aku tu dah tak betul,, bengong sudah, so aku decide nak beli hp baru. Buat lah searching kt internet, and ada sorang kawan sama level aku kt block 6 wing B, (tiba2 teringat dengan dia ni.Lost contact terus dengan dia ni, koz dia ni buat hal dgn aku. nanti aku cerita pasal dia ni lah.), Dia ni lah yang suggest soh aku beli hp Nokia 3210, macam2 lah dia cakap, dapat main mp3 lah, ada kamera, paztu ada radio apa semua lah. Masa tu, dah kira canggih jugak hp ni. Walaupun kamera hanya, 1.3 MP kalo tak silap tapi gambar still menarik jugak lah..Masa saya beli hp ni kalo tak silap harga RM800+, dah drop sikit lah harga dia, memandangkan ini keluaran yang lama jugak lah. Aku pakai hp ni lama jugak, sampai degree di shah alam. Hp masih elok jer hari tu, sebab aku nak beli hp baru pun because sajer2 jer nak beli hp baru. Aku just tukar cover baru hari tu koz cover ori dia dah skress sana sini. Aku msh guna hp ni even time aku kerja jadi lect di mukah. Koz dah banyak sangat hp hari tu, aku bermurah hati bagi kt kakak no. 3 aku kt kpg last year. Koz aku dah beli BB, hp ni dah tak gune langsung dah. Untuk makluman jugak, hp ni nyaris2 kena curi time aku duduk rmh sewa di Mukah. Pencuri tu tak jadi curi koz hp ada lock key, yang bodoh nya, dia ambik sim kad hp aku ni pulak. Dia pegi letak kt bilik mandi aku tu hp ni. Nasib lah hp ni tak kena curi, kalo tak tamat lah riwayat dia, memang dah tamat pun riwayat hp ni,koz anak buah aku yang kecik sekali ni dia pegi baling hp ni kt lantai,smpai pecah screen dia..hr tu kakak aku tanya boleh atur lagi ke tak, aku ckp takde makne nye nak atur lagi koz screen dah rosak. huhu..sayang aku hp ni,..at end rosak..aku pakai bertahun2 elok jer, lepas aku bg kt kakak aku tak sampai setahun dah arwah dah hp ni..takpe lah, nak buat guano...haha..
ok, next hp yang aku ada pulak bukan hp beli ya, ni hp yang aku jumpa tepi jalan masa balik dari kelas malam2 baru lepas maghrib ke Kolej Jati UiTM Shah Alam kt Sekysen 2 masa aku mula2 degree kt shah alam, part 3 tahun 2007.. Mula nya hp ni aku ingatkan sekadar pencil case punya bekas lah, sebab aku biasa letak pen, pensil dan pemadam aku dlm pouch kecik mcm tu jugak. Time ambik pouch tepi jalan ni aku mati2 ingatkan pensil pemadam semua dlm tu, bila ramas2 and keluarkan benda dalam tu, mak ai! hp rupanya, terus aku cuak giler..mcm mane ni..siapa punya hp ni..(mesti syaitan dah rasuk aku time tu untuk buat jahat) dengan depat nyer aku jalan laju2 buat tak tahu..sampai2 bilik terus tengok benda dlm pouch tu, memang betul hp lah!!! Hp yang aku jumpa ni hp flip, samsung SGH-X510. (sebenarnya aku dah lupa model hp ni, disesbabkan aku ni terlampau pengitok, aku send lah sms dgn abg aku tanya kt dia model hp ni, then send lah model ni tanya kenapa, aku reply balik koz nak tulis kt blog pasal hp ni..lucu lah..haha, nasib lah abang aku pun sporting gak..hehe). Sampai jer bilik, aku explore lah hp ni, baca sms semua, tengok gambar semua..haha..then perasan hp ni baru beli, rasa nya tak sampai sebulan, memang baru lagi,takde skress apa semua..paztu aku keluarkan simkad hp ni. Beberapa hari gak aku biar jer simkad tu, entah mcm mana satu hari tu nak bukak jugak simkad tu, tiba2 dapat sms owner hp ni soh mintak pulangkan balik hp tu, aku pulak time tu orang jahatlah katakan..Aku kuarkan balik simkad, dan tak pernah mskkan balik sim kad tu dlm hp samsung ni. Bila cuti sem mcm biasalah, abang aku yang nama Natu tu akan ambik aku kat epot. Masa odw balik nak pegi rumah dia tu, dia tengok lah aku ni banyak sangat hp, then dia tanya aku hp beli baru lagi ke. Aku jawab lah hp samsung fli ni aku jumpa tepi jalan, paztu dia terus cakap soh bagi kt dia jer lah hp tu, koz hp Nokia dia dah tak berapa elok, bateri dah tak tahan , asyik cepat abiz bateri jer. Mula nya aku resist jugak. Iyer lah kan, hp msh baru lagi. Lagi pun aku anggap dia bergurau jer, bukan serius nak mintak hp tu. Besok nya, abang aku ni masih lagi tanya kt aku nak bagi kt dia tak hp tu, paztu pulak kebetulan mak aku duduk rumah dia di Kuching time tu, mak aku pulak cakap soh bagi jer kt abang aku, bila mak aku dah cakap macam tu, aku pun tak fikir banyak lah, aku bagi jer dekat abang aku ni..Lagipun, bila aku fikir2 balik, abang aku ni lah sorang abang yang tak pernah sangat berkira dgn aku. Dia lah slalu pergi balik hantar aku kt epot. Ingat lagi masa mula2 register kt UiTM Sarawak dulu, hari pendaftaran tu bulan puasa, parking kereta pulak dekat parking B, pendaftaran pulak dekat dewan jubli, abang aku ni boleh pikul bag aku semua tu pergi naik kt Blok Pentadbiran tu (kt situ kan bukit,,aku tengok dia mcm penat jer bawak bag aku tu), paztu bila nak daftar kolej pulak, abang aku ni pikul balik bag aku tu pergi ke Kolej Seri Mulu, jauh tu! bukan dekat, bulan puasa pulak tu. Sememangnya dia dengan aku tak pernah berkira lah. So, terlintas di fikiran aku,, buat apa aku nak berkira dgn dia jugak kan. So aku bagi lah hp samsung flip ni kt dia dgn hati terbuka. Lagipun aku ada satu lagi hp, hp Nokia kt atas tu lah. Abang aku ni cermat orang nya, hp samsung ni masih elok jer sampai sekarang. Just ada skress lah becoz bergesel dgn kunci dlm poket kot. Dah 5 tahun dah umur hp tu. Masih lagi dia pakai..dan masih elok lagi..bagus lah tu,nak tengok berapa lama hp tu boleh pakai nanti..hehe..