Pages

Wednesday, November 11, 2009

Kepala pening tahap gaban,,,,

Selamat siang!
Semalam aku punch out dari opis awal ckit daripada biasa...pukul 1.30 pm aku dah punch out..bukan apa, kepala rasa pusing-pusing jer..paztu badan rasa panas semacam jer...entah lah, dua tiga hari ni rasa macam tak sedap badan jer...tak tau kenapa...Odw blik rumah tu aku terfikir nak masak kat rumah koz lama dah tak masak..bila fikir-fikir balik malas lah pulak...last-last aku singgah kt sebuah kedai mamak tak jauh dari KFC Mukah ni aka rumah merah students aku panggil...Aku tapau jer kari daging dengan daging cincang...malas nak makan sayo..tapau save ckit duit kan..tak payah nak beli air..haha..


Sampai jer kat rumah terus aku "majoh" aka makan..pagi tadi aku dengar riuh pagi di era segment loghat negeri tu, tetiba kuar perkataan "pajoh" daripada bahasa aceh..aku dah dapat agak dah mesti maksud dia makan...kompom betul tekaan aku, sama maksud dalam bahasa klasik sarawak, "pajoh" atau "majoh" adalah bermaksud makan dalam bahasa sarawak..Perkataan ini jarang digunakan lagi oleh generasi muda melainkan mereka yang masih menetap di kawasan luar bandar...


Ok, habis citer pasal "pajoh" tadi tu..Lepas makan aku terus layan berita kat tv,layan Mr. Bean sekejap then terus tido..bangun-bangun dah pukul 4.30 petang..


Lepas bangun tu pun pening pusing-pusing kat kepala ni masih ada lagi..Bukak sekejap chanel V and Mtv layan video clip omputeh..Paztu aku decide nak jogging kt dataran pehin setia raja..Aku terus berkemas-kemas, pakai seluar petak-petak yang aku beli kt ngukee hari tu dengan baju kartun favourite aku tu...Sampai kt dataran pehin tu, terus aku buat pemanasan badan...Lepas tu lari satu pusingan jer..tapi berpeluh lah jugak..mula nya nak teruskan jogging lagi..tapi kepala masih rasa pening..So aku terus berhenti lah..Satu pusingan tu besar doe...Kalau aku tawaf kat masjid mukah tu ok lagi..kecik jak..ni kalo buat pusingan kt menara pehin setia raja tu jarak dia memang besar...Fikir-fikir balik takpelah balik jer kt rumah koz dah ada jugak peluh kuar menitik dari badan..


Start jer moto aku terfikir lah pulak nak pergi kt tapak pesta kaul tu..terus lah menuju ke destinasi seterusnya..nak layan sun set and ombak kat pantai tu..Sampai jer kt tapak pesta kaul tu aku terus duduk mengadap laut...tiba-tiba perhatian aku terarah kepada seorang pak cik ni..dengan menggunakan moto kt tepi pantai sambil membawa plastik hitam, perasaan curious aku kat pak cik tu sangat menebal...dalam hati aku pak cik ni tengah tangkap apa...aku ingatkan tangkap sesuatu ke ape ke kt tepi pantai tu..Mana tau tangkap ketam ke? Lelamas ke? Rupa-rupa nya kutip tin minuman kosong..tin aluminium tu...Terus perasaan sayu menuntun hatiku melihat pak cik tu mengutip tin di tepi pantai tu..Aku terus terfikir macam mana dia menyara keluarga dia...tetiba aku terfikir pulak nak cuba sajer-sajer jer kutip tin jugak..untuk hilang boring..mengisi masa lapang.haha..entah ape-ape dah bagus-bagus dah jadi lecturer paztu nak kutip tin jugak..

Paz pak cik tu blah dari situ aku pun blah jugak...Sampai kt rumah macam biasa lah..bukak tv, tengok tv and baring-baring atas toto yang aku hamparkan di ruang tamu tu..Malam tadi aku just makan mee goreng jer...malas nak masak...layan berita and tengok sekejap Europe MTV Awards kt chanel MTV.. Fuhhh! memang superblah persembahan dan background untuk award tu..Kt malaysia ni memamg masih jauh ketinggalan..time Leona Lewis tu (betul ke spelling aku, lantak lah,haha) buat performance berlatar belakangkan bintang-bintang berkerdipan menyebabkan aku terpersona dengan teknologi yang mereka gunakan..bestlah..malam tu asyik beyonce jer yang dapat award..entah apa2..


Paztu kepala aku terus diserang rasa pening yang amat sangat..Sampai berlelehan air mata aku menahan kesakitan..Lama bena aku tak kena sakit kepala macam seteruk macam ni..memang sakit...Kalau aku tunduk sikit rasa pening tu pun ikut sama jugak..Aku nak pergi ke luar ke kedai pun time tu dah kol 11.00 malam...


Aku tahan kan jugak dengan mengurut kepala ni dengan minyak angin..bila dah rasa lega sikit aku terus tertidur..tiba-tiba sedang enak tidur tu aku terjaga disebabkan bunyi bising anak tikus kt luar rumah tu...Memekak jer tikus tu..Semakin sakit lah kepala aku dibuatnya..aku tahankan juga sampai aku terlelap tidur......


Pagi-pagi tadi aku terbangun awal..dalam pukul 6.20 pagi aku dah bangun..Alhamdulillah lega rasa nya bila kepala aku kembali ringan...tiada lagi pening kepala yang mengengut-ngengut macam malam tadi..segar rasa nya aku pagi tadi...terus kemas-kemas pegi opis..Sampai opis terus lah berblog...hoho

Monday, November 9, 2009

Movie preview - Skrip 7707

Selamat pagi semua..


Malam tadi aku layan citer hantu "Skrip 7707"...jalan citer yang bercerita..yalah, cerita dalam cerita..dalam citer skrip 7707 tu cerita nya menceritakan orang-orang yang pernah mempunyai pengalaman terserempak dengan hantu..plot citer dia macam tu lah..Lakonan Norman KRU sebagai En. Burn seorang director filem yang ingin mendapatkan skrip citer hantu terbaru beliau..Beliau ni dah baca skrip-skrip yang dihantar oleh penulis skrip tetapi telah mengecewakan beliau kerana jalan cerita nya tidak berapa seram..


Datanglah idea untuk membuat pertandingan penceritaan pengalaman peribadi seseorang berkenaan dengan derita hantu...So bermula lah segalanya...Tempat dirancang untuk membuat pertandingan penceritaan pengalaman peribadi tersebut ialah di kuburan cina..Ramai gaklah yang datang...masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing bertembung dengan hantu...


Dari cerita pasal hantu budak india perepmpuan mati menggantung diri di asrama universiti, hantu perempuan di bangunan universiti, kisah hantu di hospital rumah mayat dan banyak lagi..dari situlah setiap scene citer ini dilakonkan..ianya berdasarkan cerita setiap pencerita tersebut...habis cerita hantu pencerita sebelumnya, giliran cerita hantu pencerita hantu seterusnya yang akan muncul..dia tak macam cerita hantu biasa - biasa yang lain...banyak cerita hantu dalam cerita ni..


(ni bukan bulu roma aku k..I just copy and paste from somewhere else, haha)

tapi satu jer yang tak suspensnya...dari awal dah aku boleh jangka yang orang - orang yang menceritakan cerita hantu kepada En. burn dalam citer tu, itulah hantu...coz nak ending citer tu, PA si En. Burn ni tanyalah dia so macam mana pertandingan yang dijadualkan malam 7 hari bulan tu..Slumber jer En. Burn cakap dia dah buat dah malam tadi..Then PA dia bagi tau lah, suppose to be malam ni, coz hari ini 7 hari bula..terus En. Burn check balik video cam dia..coz dia ada rakamkan semuanya...tepat sangkaan aku, pelakon-pelakon yang menceritakan cerita hantu masing-masing tersebut adalah hantu dalam cerita tu...

Tapi yang tak syok nya, gambar yang diambil sebelumnya tak sama dengan gamgar dalam video tu..tiba-tiba pulak ada hantu perempuan sorang tu boleh belai-belai lagi En. Burn dengan bajunya yang panjang tersebut...at least buatlah shoot tu sama dengan gambar mereka dalam keadaan manusia tu..barulah nampak logistik sikit..haha...btw, overall boleh tahanlah..coz setiap scene citer hantu nya boleh buat bulu roma aku meremang....paztu aku terus layan tido..Syukur malam tadi aku tido dengan nenyak nya sampai pagi..so tak lah pening-pening lalat pagi ni..before tu aku nak letak scene yang tak berapa realistik dalam citer ni


(poster di atas sebenarnya menunjukkan jari budak eksiden coz merempit yang roh nya tak aman koz jari dia tu tertinggal kt motosikal dia..)


(Wakakaka, cuba hitung jari hantu mat rempit kt atas, cukup jer 5..kantoi..haha)


(Scene ni pun satu, ada ke dia taruk kain jer dalam perut perempuan tu bagi nampak dia tu pregnant, macam nak jatuh jer kalo tengok dalam movie ni.tak real langsung! haha)

Sunday, November 8, 2009

Didn't sleep well last nite...


Morning...


Malam tadi aku tak dapat tido dengan lena...ni menaip blog ni pun mata kuyu semacam jer....
Before tu aku citer sedikit dulu pasal Sifu dan Tongga ni...Not bad lah..tapi tak nampak sangat lawak nyer..macam dibuat-buat...Ada tiga perkara yang aku ingat dalam citer tu..Pertama cara diaorang hitung, 1, 3 9..then ada tag line dia, An! An! An!....part yang paling best bila si saiful apek menurun...bila time datuk dia merasuk dalam tubuh dia..part tu yang lawak..Nabil secara keseluruhannya tidak menyerlah dalam movie ni..Aku rasa nabil ni kalo berlakon memang tak natural..dia tu hanya natural bila buat sesuatu secara spontan..Tapi dalam rancangan Spontan hari tu aku tak berapa perasan lah di mana lucu nya si nabil tu...Part Azwan Ali jadi pondan tu pun lucu...last - last kuar suara jantan dia..Paztu apek perli, "Badan Perempuan, Suara Lelaki"..haha...Banyak pelakon-pelakon tambahan dalam citer tu..yang scene diaorang cuma satu jer...Macam scene Jaapar Onn kt kedai mamak, Ruminah Sidek kt Shopping Complex, Azwan Ali depan ATM Maybank, Din Beramboi jadi promoter kt Shopping Complex and Shamsul Ghau-Ghau jadi promoter kedai jual TV LCD..Lain-lain tu aku tak berapa nak ingat..


Lepas tengok Sifu dan Tongga malam tadi aku plan terus nak tido...tapi tak boleh tido..baring pun sekejap pusing ke kanan sekejap pusing ke kiri..korang nak tau brp lama aku mcm tu? dekat-dekat nak 1 jam..tak jugak tido-tido..aku tengok decoder astro aku, jam dah kol 12.00 or 00.00....tak caya ni ha gambar jam digital kt decoder astro aku tu..tu pun aku snap dalam gelap..


Paztu tiba-tiba rasa lapar menghantui aku..terus aku teringat dengan maggie kari aku..So dah rasa lapar sangat tu aku buat lah maggie..then pasang balik tv. Ajaib sungguh astro aku, walaupun hujan lebat malam tadi, still boleh terima lagi siaran..Aku layan Discovery Chanel malam tadi.."The Boy With Divine Powers"..kisah pasal budak 15 tahun yang bertafakur dan bertapa selama lebih daripada 11 bulan tanpa sebarang minuman dan makanan..budak tu stay jer duduk kt lubang di bawah sepohon pokok seperti apa yang dilakukan oleh pengasas agama buddha iaitu Guatama Buddha..kuku dengan rambut budak tu dah tumbuh panjang dah..last-last budak tu hilang entah kemana pada Mac 2007. Sains cuba merungkai keajaiban budak tersebut..tapi berlaku konflik antara fakta sains dengan budak tersebut..Kalau diikutkan manusia yang normal tidak akan dapat bertahan tanpa air tidak lebih daripada 3 hari ni..budak tu dah 11 bulan tak makan tak minum apa-apa..duduk jer pejam mata dan bertafakur kt bawah pokok tu..Siap ada saintis bagi teori budak tu gunakan sumber cahaya matahari untuk mendapatkan tenaga..mcm proses fotosintesis lah pulak..nak percaya lebih-lebih takut nanti jatuh pada syirik...just layan jer lah...nak hilang boring-boring tengah malam buta tu..


Paz layan dokumentari tu aku dalam kol 2 macam tu baru lah aku dapat tido...tetapi ia tak bertahan lama..dalam pukul 3.20 pagi macam tu aku terjaga tiba-tiba..kerana hujan ribut yang sangat lebat..bukan setakat tu sajer, dengan guruh dan kilat yang sabung menyabung..aku terus teringat pasal pc kt opis aku ni...aku biar jer pc terpasang koz download movie..dengan beranggapan cuaca ok jer..before ni pc aku pernah kena lightning, motherboard hangus..nasib fail-fail masih ada lagi..just gantikan motherboard jer..tu pun lama gak aku tunggu supplier dair Sibu datang tolong baiki..



Takut pisang berbuah dua kali, terus mata aku tak leh nak tido..risaukan manalah tau something bad happen to my pc..kalo rosak kena lightning jer takpelah..tapi kalo rosak paztu kena shock circuit? kang naya aku..terus aku terfikir fail-fail dalam pc aku0..markah exam bebudak semua..dahlah aku tak buat salinan pendua (copy file) markah tu...Lebih extrema lagi aku siap terbayangkan yang pc aku ni hangus paztu opis aku terbakar..terus teringat kertas jawapan final student aku yang aku letak dalam locker berkunci bawah meja aku...serabut kepala aku malam tadi..siap aku plan nak pg kampus nak tengok kan opis aku...Aku ni kalo part berimaginasi benda yang bukan-bukan ni memang...


Bila hujan dah reda sikit barulah hati aku senang..rumah aku malam tadi berapa kali dah black eye peace..(black out lah,haha)...tapi tengok rumah sebelah tak pulak blackout.. koz kt rumah landlord aku tu dia pasang kotak fius yang sangat sensitif pada kilat..asal kilat jer terus black out..ok jugaklah safety ckit..koz kira nya rumah landlord tu electricity consumption dia untuk dua buah rumah..koz rumah aku tu electric sambung tk rumah dia..kalau aku bayar sewa rumah lambat ke alamatnya kena potong lah karan rumah aku..acah jer..aku ni paling lambat bayar sewa rumah pun seminggu..tu pun koz tunggu gaji masuk..tapi aku inforlah owner rumah tu dulu..nanti tak pasal-pasal kena halau dari rumah kan...

Pagi tadi aku bangun dalam suku lagi nak kol 8...kedengaran sayup-sayup hujan rintis di luar..nasib hujan rintis, kalau tak kang aku kena pakai baju hujan semua...huh...bilalah nak ada keta sendiri ni..odw pg opis pagi tadi terus aku terfikir balik pasal pc aku ni..dalam hati mesti ok..takde pape yang berlaku..coz kalo something bad happen mesti click aku ada hantar masej ke call ker bagi tau kt aku.Masuk-masuk opis, alhamdulillah selamat pc aku..

Tengok bawah ni,,masih sihat jer dia..sempat lagi aku mengarang blog pagi-pagi..haha


(Sorry ekk, opis aku ni memang berterabur sikit, malas nak cakap.aku kemas hari ni, esok dah messy lagi..lepas exam budak ni aku kemaskan balik,hehe)


Xtiviti hari Ahad..

Hollllaaaaa......

Before aku start citer pasal aktiviti aku hari ni, better aku cite pasal benda yang berlaku tengah malam tadi..Sungguh menggeri dan menggelikan...Memang terperanjat beruk aku oleh nya..Malam tadi lepas layan citer Mission Imposible 2, aku terus tido..Best jugak lah citer tu..memang layan lah..tau jer lah Tom Cruise berlakon kan..memang banyak aksi stunt and semua lah..memang tak rugi aku tengok citer tu..


Aku preview ckit lah pasal citer tu..even though citer tu dah basi dah.haha..Ok jugak aku subscribe movie package kt astro aku ...boleh jugak tengok citer yang aku missed kan..semenjak ada movie package ni (HBO, CineMax and Star Movies ) aku kalo tengok citer mcm best jer terus layan even time tu dah tengah malam.....walaupun aku tau besok nyer ada lagi citer tu ulang kt tv....

oK berbalik pada citer Mission Imposible 2 tu, citer nya begini..citer pasal agent yang dilantik untuk mencari kembali virus yang bernama Chimera yang telah dicuri oleh sapa entah..Virus Chimera ni telah dibuat oleh sorang saintis genetic engineering..ada orang jahat ni nak ambil kesempatan untuk menyebarkan virus ini ke seluruh dunia..koz mereka akan dapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan penjualan vaksin bagi penawar virus tersebut..Virus tersebut mesti dirawat dalam masa 20 jam setelah dijankiti..malas nak citer banyak-banyak lah..bukan apa aku ni tak cukup masa koz before kol 9 ni aku kena balik rmh cepat-cepat koz nak tengok citer Sifu dan Tongga lakonan Say pool APek dengan NabIL...ni kt chanel 131-Warna kalo tak silap aku..macam best jer...

Lupa pulak aku nak citer pasal benda yang berlaku malam tadi...actually malam tadi aku telah terjaga dari tidur disebabkan oleh sesuatu yang unsangkarable..(ni aku guna ayat bekas lecturer risk management aku dulu, Prof. madya Dr. Hj. Rashid, hehe)...korang nak tau kenapa aku tiba-tiba terjaga? ha,.....kerana ada sekor katak melompat kt *nu aku time aku tido..terperanjat aku dibuatnya..aku ni biasa kalo tidur pakai boxer jer...kalo dah sejuk sangat baru aku guna selimut..kalo cuaca biasa-biasa jer aku letak jer selimut tu kt atas dada aku time tido..dah tu pulak, tido bukan pakai baju..rimas aku dibuatnya...boxer aku tu pulak jenis yang "boxer brief" yang ketat tu....

(macam ni lah rupa boxer brief aku tu, tapi kaler hitam, hehe)


Si katak tu pulak landing cun-cun kt *nu aku..mana tak terperanjat aku dibuat nya..time tu kalo tak silap aku dalam 1.20 pagi..terus aku buka lampu, ambik plastik untuk pegang katak tu..eeeiiii,,geli aku dibuatnya..masih terasa lagi kaki katak tu yang sejuk kt peha aku...Terfikir pulak aku mcm mana lah katak tu boleh masuk kat rumah aku..? biarlah...

Ok..habis dah citer, petang tadi aku aku termimpi sesuatu yang sangat mencemaskan..Aku sedikit lagi nak eksiden..gara-gara motor aku tak boleh dikawal..Dia punya minyak tu tak leh nak laraskan, siap dalam mimpi tu aku dah habis sehabisnya tekan break soh moto tu berhenti..at last aku ambik keputusan nak langgar pokok pisang tepi jalan....korang tau dalam mimpi tu aku punya kelajuan berapa? 120 km/j beb! nak mampos! kalo dalam realiti macam tu, wallahualam hidup lagi ke tak..lepas terbabas tepi jalan kat pokok pisang tu aku terus terjaga..astaghifurullahhalazim, mimpi rupa nya..then aku terus kemas-kemas nak pg jogging..lepas joggin pulak kaki aku sakit.aduhai...ok lah nak balik dulu Sifu dan tongga nak mula dah..k bye..




Friday, November 6, 2009

Tsunami 2009 - Thailand Version


(Gambar bukan main lagi, macam best jer..tp entah ape-ape)

Hai semua..

Malam tadi aku tengoklah movie "Tsunami" version Thailand..past few days aku tengok yang korean version tu...Overall komen aku yang thailand version ni "BORING" as compare tu yang Korean punya tu..Aku lebih prefer yang korea buat..ada thrill and menyentuh perasaan...Thailand version nampak sangat berlakon para pelakonnya..tak natural...takde unsur humor langsung..sekadar jalan cerita biasa-biasa jer.. penat aku download..

Yang tak best nya dia campur adukkan video tsunami disember 2004 tu..ada ke sukati dia jer nak letak video amateur tu dalam sebuah filem..time tsunami melanda pun orang semua macam tak terpegun sangat tengok tsunami...paztu tiba-tiba ada pasangan *ay pulak dalam movie tu..entah dari mana entah..diaorang tengah projek suddenly kapal diorang kena masuk air and eventually karam.. entah ape-ape..Jalan cerita dia stress memanjang jer dari mula sampai habis cerita..paztu siap perdana menteri thailand ni naik heli meninjau di udara semasa tsunami tu melanda bangkok..tak realistik lah..kadar kepuasan menengok citer tu kurang jika dibandingkan version korea tu..Siap aku forward - forward lagi, koz nak cepat habis..tak sampai sejam aku dah hbs tengok citer tu..koz aku forward jer..part yang tsunami melanda tu aku tengoklah...
Ni ha, aku letak beberapa scene dalam tsunami thailand tu..korang tengoklah sendiri k..

Persoalan-nya, bila pulak producer di Malaysia ni nak buat filem dengan genre yang sama? Ada berani ker? Kita tengoklah nanti k...bye...

Thursday, November 5, 2009

First Paper aku hari ni: AGR161


Evening…..
Baru jer dari Bilik Gerakan peperiksaan tadi ambik answer script dan answer scheme untuk marking paper first aku..AGR161-Introduction to Soil Science…tak sabar nak marking paper budak ni..apa entah diorang jawab dalam answer script diaorang tu..Ni dia sampul paper exam budak tu..boleh ke letak kt sini? Sampul jer an…

Time bebudak ni semua tengah exam tadi aku pegi lah menjengok diorang..tengoklah soalan dia macam mana…lorr, kebanyakkan soalan yang kuar tu soalan test 1, test 2 and test 3 yang aku bagi kt dia orang..ada lah satu dua jer yang nampak susah..tapi kalau diorang ada buat revision sure boleh jawap…tanya roughly kat diorang, cakap susah..alahailah..aku tengok go through mcm tu jer soalan dia..tp sem ni format dia berubah lagi..tetiba ada true and false..before ni match jer column A and column B..entah apa2 yang buat soalan tu…btw, I hope none of them repeat for this subject..leceh lah kalau student repeat subjek ni..nak atur jadual mereka lagi next sem..mesti payah kalau dah clash sana clash sini..

I belum bukak lagi paper tu..malam karang lah marking..nak relek2 dulu..suppose to be petang ni tadi nak jogging ckit..tengoklah nanti.mcm mana…berblog ni pun dah sekian..
Btw, pagi tadi aku pegilah kt Maybank, nak buat account..lama sangat dah tertangguh..bukan apa convenient sikit coz kt Mukah ni bank yang ada Maybank, Bank Rakyat, AgroBank, Public Bank and Bank Simpanan Nasional..takde pun Bank Islam..Aku ni tiap-tiap bulan gaji masuk guna Bank Islam..paztu dalam sebulan tu roughly 10 kali withdraw duit dari bank lain, terutamanya bank rakyat..sekali withdraw dah kena Rm1, kali lah 10..dah RM10 sebulan duit aku kena potong..nampak macam sikit..tapi kalau dikumpul lama-lama tu accumulate dia boleh jadi ratus-ratus per year..last-last aku decide better aku bukak maybank..then aku tukar payment gaji aku bulan-bulan pakai maybank..lagi satu maybank ni senang nak cari ATM dia..boleh kata semua Bandar kat Malaysia ni ada maybank..Ni ha, kat bawah ni aku punya passbook-less savings account..kiranya takde lagi dah org guna buku-buku bank semua ni…semua nya dah ONLINE..


Immediately lepas siap semua tu aku terus pg ATM dia tukar password kt ATM card aku..mcm biasalah, masukkan password ****** 6 digit yer….paztu tekan sahkan sekali lagi..nak tengok atm kad aku..ni ha..yang cap buah ceri ni..haha..


(gambar terpaksa di “blurr”kan atas dasar keselematan, hehe)

Alang-alang pegi maybank tadi aku terus bank in kan sekali check duit yang tak seberapa tuntutan perjalanan untuk Misi Akademik dekat Bintulu dan Miri before raya hari tu..malas nak fikir lagi..kang tetiba check tu tak leh nak tunai..mana tau, huha huha dah terlebih 3 bulan tak ditunaikan..kan rugi aku nanti..tunggulah dalam 3 hari ni, nanti aku check balik balance dalam account maybank aku tu…kang tetiba masih RM52, ambik ko..haha..bukan apa, aku open akaun ni tadi deposit RM60 jer, tolak RM8 annual fee for ATM services dia balance tinggallah RM52..buat apa aku nak taruk banyak-banyak duit dalam tu.tunggulah bulan depan ni nanti gaji aku masuk guna Maybank tu..

Lepas settle dah urusan bank semua tadi, balik opis aku terus jumpa puan Juriah..nak tanya dia pasal pertukaran akaun pembayaran gaji daripada Bank Islam ke Maybank..dia cakap download jer borang kat bendahari paztu isi then fax kan kat bahagian gaji dan kemudahan staf…lepas isi semua borang tu aku faks lah kt bahagian gaji..Lepas faks aku call balik lah nak make sure diorang ni terima gaji aku..kang gaji aku tak masuk terus next month mampos aku..kalo double payment tu oklah jugak..haha..masuk kt maybank and bank islam sekali gus..kaya aku.haha.paztu kepapa balik koz kena bayar balik..ambik ko..! nak sangat duit free kan…haha..ni dia borang faks untuk pertukaran akaun bank aku tadi tu..jangan pelik tengok kepada “sesiapa berkenaan” tu..aku ikut jer puan juriah cakap macam tu..suppose to be attention orang yang bernama Fauzana, aku dah terfaks dah..malas nak fikir lagi..yang aku tau, next month ni gaji aku masuk guna Maybank.

Belum habis lagi cite pasal maybank ni..ni pulak cite pasal kredit kad lah…aku before ni memang takde kredit kad..payah jugak kalau takde kredit kad ni…especially kalau nak book flight ke ape ke..memang boleh guna BankIslam online tu, tapi leceh lah…compare payment guna kredit kad..senang jer..Before ni aku dah survey dah nak buat kredit kad apa..bila buat comparison cam sama jer semua…yang penting takde annual fee..so tadi alang-alang dah pegi maybank tadi aku terus buat kredit kad..pihak bank syorkan kat aku PETRONAS Maybankard Visa..ada logo petronas kecik lagi tu..lantaklah..do I concern? haha…bila tengok beza kad-kad yang lain Cuma insurance jer then ada annual fee RM60…takpe lah, for beginner mcm aku ni kan..tak payah lah kredit kad yang canggih manggih sangat..bukan guna sangat pun..kalau emergency dan terdesak tu barulah kita guna kredit kad kan…ni aku copy and paste kelebihan kad yang bakal aku dpt tu..
A credit card that earns you extra TreatsPoints to redeem for free petrol at Petronas
Annual fee:
Free
Minimum annual income:
RM30,000
Benefits

Free petrol: Collect TreatsPoints and use them to redeem Petronas petrol vouchers
5X TreatsPoints whenever you pump petrol at all Petronas stations nationwide
No annual fees for life and no conditions attached
Free Maybankard Touch n Go Zing Card
Built-in Visa Wave: Pay by waving your card at participating merchant outlets with the Visa Wave logo
Global acceptance and instant cash with 810,000 Visa and Plus ATMs worldwide, and affiliate banks in over 150 countries
Enjoy discounted rates and earn TreatsPoints to redeem free air travel with Malaysia Airlines - Enrich, Singapore Airlines or any airlines of your choice
Free 24-hour Auto Assist, 12 months of 0% interest instalments on your premiums when you purchase or renew your car insurance with Etiqa
Exclusive Etiqa Takaful Mutiara Plus Plan provides you with both protection and investment for only RM10 per month


(beysa aku kalo pegi KFC mesti ambik dua-dua Breast, haha..)

Ok..habis dah cite pasal Maybank ni..petang tadi..dalam kol 3 mcm tu my click ni ajak pegi KFC..alahai, baru jer semalam aku makan kfc sorang2..menu aku biasalah Snack Plate…last-last aku ikut jugaklah diorang ni..aku, Tania, arewak and nurul…pg kt KFC mukah ni..dalam KFC tu siap kutuk budak keja kat KFC tu lagi..yelah kan, rupa-rupanya si husnul pun perhati sorang budak ni..aku ingat aku sorang jer yang perasan..budak ni dia kalau ambik order suka cakap “Ada apa-apa lagi” tak habis-habis..tak taulah..memang dah polisi kfc ker aku tak pasti..yang pasti nya cara dia cakap “Ada apa-apa lagi” tu memang memualkan..it’s disgusting..haha..banyak lah benda lawak yang kita kutuk budak kerja kt kfc tu tadi..siap budak tu jeling-jeling lagi kt kita orang..dengan cakap melaya nya yang sungguh melucukan itu..first-first dulu aku ingatkan budak tu budak semenanjung ke ape. Rupa-rupanya budak Sarawak..orang local..ambik order terhegeh – hegeh cakap melaya memanjang..macam aku ni jugaklah..tetiba dalam blog ni guna Bahasa Melayu UPSR..haha…takpelah, supaya semua orang boleh paham apa yang aku citer kan..walau pun aku tau, takde orang pun nak baca blog aku ni..haha..kita kan 1 Malaysia..nanti kang aku guna bahasa Sarawak yang klasik aku tu semua orang tak paham,, even sarawakian.. haha.oklah..cukuplah sampai disini untuk hari ini..esok kita citer lagi..

Wednesday, November 4, 2009

Tidal Wave 2009 (Korean Version)


Morning..

Pagi - pagi dah berblog...hoho...bukan apa sajer jer nak cite pasal movie yang aku layan malam tadi..dalam dekat - dekat nak kol 12 baru habis.. Hari tu aku ada download movie Tidal Wave tu..yang korean version punya..baru malam tadi ada kesempatan nak tengok..overall ok lah..best lah jugak..ada part lucu dan ada jugak part yang touching nya..Part lucunya bila sorang pompuan ni terjatuh dari boat becoz of lighter dia menyala besar sangat time dia nak merokok..terus terjatuh dalam laut..Ada sorang mamat ni guna boat jugak, tengok perempuan ni lemas dia baling lah life jacket or pelampung kt perempuan tu, entah macam mana boleh terkena cun-cun kt kepala perempuan tu..akibatnya, semakin lemas lah perempuan tu..last-last tenggelam dalam air..haha..Mamat ni terus panik, last-last dia pulak pergi terjun selamatkan perempuan tu..time dia bergelut nak selamatkan perempuan tu pun lucu..siap dia sigung lagi kepala perempuan sampai lebam mata perempuan tu..perempuan tu pulak pengsan. Mamat ni try lah buat CPR kt perempuan tu, last-last digigitnya bibir mamat tu..haha..aku memang tak boleh tahan time tu..
Banyak lagi lah part yang lucu dalam cite tu..

Scene dalam cite tu...
Part yang sedih nya masa tsunami melanda korea tu..Scene sorang makcik ni nak beli kasut tuk anak dia pergi interview kerja..lepas jer makcik tu beli kasut untuk anak dia tu, tsunami pun melanda..Scene pakcik pelakon utama cite ni yang telah dihanyutkan air selepas dia selamatkan sorang mamat ni pun sedih jugak..Part yang sedih satu lagi tu time dua orang suami isteri ni selamatkan anak dia orang guna helikopter..lepas berjaya selamatkan anak dia orang second tsunami pun melanda..Oklah itu jer nak aku cite kan..malam kang nak tengok Tsunami Thailand version pulak..

Tuesday, November 3, 2009

Hari menjaga budak EXAM














Bangun pagi tadi rasa macam pening2 lalat je r kepala..paztu terus bukak riuh pagi di ERA...beysalah dengar coleteh Pak Nil dan Din Beramboi pagi-pagi..Pagi tadi topik nya pasal perlawanan bola sepak final antara Kelantan menentang Negeri Sembilan..aku sokong pasukan mana? haha...aku pasal bola2 ni tak ambik port sangat..lantak lah diorang nak main ke ape..asalkan jangan buat rusuhan jer lepas habis main tu..btw, I hope pasukan Nogori yang
menang lah...kalau kelantan menang pun OK jugak..50:50 lah..wat everlah..asalkan diorang gembira..kannn..










tengah menaip blog ni kan, tetiba I dapat masej dari my bro tru FB...dia cakap dia nak berhenti keja on 2nd Disember ni..mula nya aku ingatkan dia dapat keja tetap ke apa ke..mcm polis ke, pegawai kt government ke...rupa-rupanya dia bagi tau kt aku dah tak tahan keja kat situ lagi..Management asyik Boom Boom Pow org tak tentu pasal..ramai lagi budak2 lain yang keja kt situ akan resign...alahailah..kesian aku dgr cite abang aku tu



dulu mula-mula hbs diploma dari poly dulu dia cakap dia tak nak keja kat company lama dia tu..siap dia tanam tebu lah apa lah kt keliling rumah kt kampung..katanya nak bizness jual tebu..sekarang ni kalau balik kampung rmh penuh semak dgn tebu..tp ok jugak idea tu, koz tebu ni kalau kena tempatanya boleh buat duit..macam saudara aku sorang tu
Bang Buang, air tebu dia tulah air tebu special..kalo nak air tebu betul2 air tebu, pegilah kat Simunjan...ada gerai jual air tebu tak jauh dari gerai di pasar pekan simunjan..air tebu dia memang pure...aku dah buat perbandingan dah..takde tempat lain yang jual air tebu macam dia tu..biasa orang ni letak air dan ais jer banyak, paztu tawar rasa...air tebu Bang Buang ni lain, memang sedap..


Oklah bebalik cita pasal abang aku berhenti keja ni, dia ni kalau dengan aku ni taklah berapa rapat sangat..sekadar macam tu sajer...biasa lah kan adik beradik.pernah jugak gaduh-gaduh time kecik2 dulu..

aku pernah sekali gaduh kat dia becoz of aku main tuning radio..aku tukar tune dari FM ke AM sukalah dengar radio yang entah apa2 dari negara mana entah..aku asyik pusing jer tuning tu..before tu abang aku dah warning dah, jangan main tuning radio tu, nanti rosak..aku ni memang degil, lagi org tegur lagi tu lah aku buat..last kena flying kick oleh abang aku..kalau tak silap dalam toilet ke time tu.haha..apa-apa pun tu kisah lama lah..banyak lagi cita aku tak sebulu dengan dia ni..
Bila dewasa ni kan bila bercerita dengan dia pasal apa isu kan best lah pulak..especially pasal politik..boleh di ajak ber"rejab" pasal isu politik semasa..dialah penyokong kuat Barisan Nasional dalam famali aku ni..haha..biasalah, kalau dia ni bercakap memang tak ingat dunia..suara memang tak leh nak kontrol..macam aku ni jugak..haha..kalau aku ni bercakap kata orang sarawak memang 'tebaq-baq" lah suara..semua orang leh dengar..tp, time dating dengan awek aku dulu takde lah pulak suara kuat macam tu..pandai jer control suara.haha..
Apa-apa pun, aku harapkan yang terbaik untuk abang aku..kerana aku dengan abang aku tu lah saja tinggal harapan mak aku.koz kami berdua ni jer lah yang masih bujang daripada 10 orang adik beradik..lagipun dia ni atas aku, aku pulak bongsu...nak tak nak dia kena kawen dulu baru aku..so, biarlah aku penutup segala nya koz aku ni bongsu..Aku harapkan sangat kalau aku boleh membantu dia mendapatkan kerja..tengoklah kalau ada jumpa kat mana-mana jawatan kosong ker ape ke nanti aku bagi tau kat dia..

##Ada ke aku cita pasal budak exam tadi?