Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..dah bersawang dah blog aku ni, yalah lama dah tak update blog,. Ok, kita start cerita untuk bulan November 2010 ni with cerita pasal master aku ni. Untuk makluman, mula nya nak pilih Master by Research, dah cari dah supervisor hari tu, TNCA Unimas koz dia pun expertise dalam bidang yang aku nak buat master ni lah. Dah discuss dgn dia personally topic nak buat master, and she quite impress with my idea, tapi bila aku cerita kat kazen aku ni (dia ni pun lecturer UNIMAS gak Dr. S nama dia, fakulti kejuruteraan), dia nasihatkan aku jangan buat under Dr. F A ni koz dia tu busy dengan tugas sebgai TNCA so takut takde masa nak entertain master aku nanti. Kang sangkut buat master bertahun-tahun. Oleh kerana masa yang lama (memang tak boleh dinafikan, MSc By research koman² pun 2 tahun baru siap), utk menghabiskan research, so aku tukar plan ambik course work. Bidang yg dipilih pulak Master of Science (Entomology), dari UKM. So far, dari maklumat yang aku dpt kt internet, bidang Entomology (study of insects) ini kalau buat by research ada kt USM, UPM, UNIMAS dan UM. Hanya UKM jer yg offer by course work.
(The fascinating world of insects: Entomology)
Aku dah dua tahun tangguh pengajian aku ni, kerja sekarang sebagai Pensyarah Muda (Kontrak), polisi UiTM, selagi belum ada master tak akan diserap ke jawatan tetap, kontrak yang diberi pulak hanya 3 tahun. Before ni rakan-rakan yang lain kena buat renewal of contract every one year, nasib aku for the second year dapat 2 tahun renewal. Budak-budak baru pulak memang kontrak diaorang 3 tahun..Untung lah dia orang, koz tak payah pening2 kepala nak renew kontrak. kita ni dulu nak prepare segala dokumen termasuk markah prestasi kerja tahunan, surat menyurat lah, paztu dah dapat surat sambung kontrak tu nak kena matikan setem, buat itu ini n etc..memang merumitkan..paztu, kena tunggu 2-3 bulan lagi gaji nak masuk..Kalo lepas renew tu gaji terus masuk mcm biasa ok gak, tapi dah macam org baru masuk kerja balik. huhu..memang payah..
(Sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan kontrak perkhidmatan aku, hehe)
Syukur Alhamdulillah, aku dapat skim biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM), UiTM, bidang yg aku pohon dulu tu memang bidang Entomology. Dah dapat tawaran dari UKM, paling dekat pendaftaran 21 Disember 2010 ni. Tapi kalau ikutkan aku nak masuk Julai 2011, masalahnya konflik dgn tawaran biasiswa tu. Tempoh sah biasiswa tu akan tamat pada 30 Jun 2011, masalahnya pendaftaran kt UKM akan bermula pada awal Julai 2011. Aku dah kontek dah bahagian biasisiwa UiTM ni, explain everything, diorang soh aku tanya UKM dapat ke tak buat pendaftaran awal, just to hold tarikh sah biasiswa tu. Tapi pihak UKM tak membenarkan, kerana mesti mendaftar sebagai pelajar pada tarikh yang telah ditetapkan kerana semuanya berkaitan dengan sistem (sistem tu siapa buat? manusia kan, tak kan tak boleh consider, kawan aku sambung kt UNIMAS boleh jer daftar awal, koz sama kes dgn aku jugak tempoh sah biasiswa melebihi dari tarikh pendaftaran). Adoi, pening kepala aku, aku kol balik bahagian biasiswa UiTM, mintak dapat ke tak aku mohon dilanjutkan tempoh sah tawaran biasiswa tu, at least sebulan coz pendaftaran kat UKM tu Julai, kalau aku mendaftar gak pada Julai tersebut, biasiswa tersebut technically akan terbatal lah..koz aku mesti mendaftar sebelum 30 Jun 2011. The only solution yang aku ada sekarang kalau bahagian biasiswa tidak membenarkan tempoh sah laku biasiswa tersebut dipanjangkan, nak tak nak kena lah aku register bulan Disember tahun ni.
Tapi banyak gak aku kena prepare, dari financial, mental and physical. Koz bukan dapat harap sangat biasiswa TPM tu, at least aku kena ada saving sendiri dulu kalau nak mendaftar. Yuran opkoz lah UiTM akan bayar, kos sarah hidup? macam aku ni, dari Sarawak, paztu nak study post graduate kt UKM, for sure akan duduk rumah or bilik sewa nanti. Tak sure pulak kalau UKM ada sedia hostel utk post graduate students, mcm UNIMAS kawan aku cakap memang ada satu blok utk post graduate students, khas utk budak master or PhD. Satu lagi, kena ambik IELTS, walaupun aku study kt Malaysia jer tapi itu adalah keperluan untuk biasiswa TPM tersebut, (Dahlah yuran nak ambik IELTS tu dalam RM550 macam tu), kalau tak bagi keputusan IELTS kt bahagian biasiswa, elaun TPM aku tersebut akan ditahan sehinggalah aku hantar keputusan kat diaoarng. Dahlah elaun TPM tu nanti bukan keluar on the spot, lepas daftar jer terus dapat elaun. NO! Koman2 pun tiga bulan lepas tu. Dahlah elaun tu bukan nya kuar monthly, 3 bulan sekali baru keluar. Mak oi..Kalau takde saving sendiri macam mana aku nak study master aku kt UKM nanti. kalau buat kt Sarawak ni jer ok gak, tak payah risau nak duduk kt mana. Duduk jer rumah sendiri. Paztu, kalau aku nak sambung bulan 12 ni gak, aku kena bagi sebulan tempoh notis berhenti kerja. So, 22 November 2010 dah kena hantar surat berhenti kerja. Bila fikir balik, terlampau rushing kalo aku register bulan 12 ni. Tambahan pulak, semester yang aku masuk bulan 12 ni semester 2, bukan semester 1, maksudnya aku terus jump ambik subject susah-susah dulu lah. Next year nanti bulan Julai baru masuk semester 1 balik. Macam tak proper lah, memang masa yang ideal aku sambung belajar Julai 2011. Well prepared mentally and physically.
(Kena buat surat berhenti kerja, omg, macam gerun jer bunyi buat surat berhenti kerja, huhu)
Tengok lah nanti, macam mana keputusan daripada bahagian biasiswa UiTM ni, nak ke tak dia panjangkan tempoh sah biasiswa tersebut. Hari tu dah call dah bahagian biaisiswa, Penolong Pendaftar tu cakap boleh jer buat surat apa semua, then kepilkan sekali surat tawaran UKM tu...Masalanya, pihak UKM ni belum lagi faks surat aku tu seperti yang aku minta. Actually, surat tawaran UKM tu adalah Julai 2010 yang lalu, memandangkan biasiswa TPM tu tak kuar lagi keputusannya, so kena tangguh dulu pengajian aku tu. Then aku mintak surat twaran yang baru, last week mintak, tak dapat2 lagi. So macam mana aku nak hantar surat kat bahagian biasiswa? adoi, pening kepala. Dahlah pegawai yang directly incharge pasal biasiswa TPM ni aku kol memang tak angkat-angkat dari last week. Tiap-tiap hari aku call, last pagi tadi, tak jugak angkat. Entah apa yang sibuk memanjang tu.
Hari tu ada meeting akademik, aku difahamkan yang semester 1 2010 akan bermula pada September 2010. Ini arahan terbaru daripada MOHE, alamak..let say aku mintak tempoh sah tu untuk satu bulan, yalah dengan anggapan pendaftaran semester 1 ialah pada Julai 2010, tiba-tiba pulak next year semua universiti mendaftar pada September, tak kan aku nak mintak perlanjutan tempoh biasiswa lagi. Adoi, macam2 lah....pening kepala...To be safe, memang mendaftar pada Disember 2010 ni lah jalan yg terbaik utk elak biasiswa tu terbatal. tapi, honestly aku memang belum prepare lagi..huhu..
Balik kepada cerita asal, pasal master ni. Aku pilih cozwork becoz kekangan masa,. Aku ni kalau ambik research boleh jer, tapi tempoh yang ditetapkan oleh pihak UiTM ialah maksimum 2 tahun sahaja, kalau lebih dari tu kena buat permohonan mintak dipanjangkan tempoh pengajian. Elaun dari KPT ke kalau tak silap aku kita org tak akan dapat. Koz KPT akan bagi elaun utk 2 tahun pertama sahaja. Ok, fine. Umur aku sekarang 25 tahun, start buat masa kita ambik next year lah, masuk Julai 2011. kalau buat koz work dalam masa setahun dah boleh dpt master, balik semula kat UiTM terus dapat permanent post. Kalau buat master by research, aku akan ambik masa at least 2 tahun, so umur 28 baru dapat kerja permanent. Target nak kawen before 30, kang tiba2 master by research aku sangkut kat mana, lambat lagi lah aku nak stabilkan kerjaya aku. Even ada sorang rakan sekerja aku ni dia TPM gak dulu, tapi gred dia masih DM41, koz dia belum viva lagi. Master dah siap, tapi gred jawatan dia kena hold dulu, until master dia tu dah disahkan oleh senate dan juga dah dapat skrol master dia tu. Aku lihat di situ dari segi masa, memang rugi in terms of masa.
Buat course work or research ni bergantung kepada bidang. Macam bidang aku sekarang, aku nak ambik Entomology, aku tengok subject2 memang nampak menarik and narrow down. Dulu masa degree aku ambik paper Entomology tu satu paper jer. Buat master ni, satu subject adalah satu chapter dalam paper masa aku buat degree dulu. So memang study in detail tiap2 chapter tersebut, yelah bayangkan satu chapter tu jadi satu subject. Aku nak cepat-cepat habis master aku ni becoz nak stabilkan kerjaya aku. Dah habis master nanti nak sambung PhD tu no. 2 kira lah..Memang as academician mesti ada cita-cita nak sambung sampai PhD. Kalau umur aku masih muda lagi, aku tak kisah nak buat by research tu. Insya Allah kezaman tu yang penting, tak mustahil master holder cozwork tak boleh buat PhD. Itu atas keinginan dan keazaman masing-masing. Sekali lagi, aku nak tegaskan, tengok bidang. Bidang apa yang anda nak buat...
Regards...
Dedeng's life


All the best :)
ReplyDeletePray for your success... i know you can do it