Macam2 rintangan dan halangan before aku sambung study balik master kt UKM ni. dari mula hari pendaftaran, pegi kuliah and etc. Aku mula mendaftar kt sini pada 6 September 2011. Seminggu selepas raya, memang masih terasa mood raya. Pagi2 nak pegi epot tu ada kelam kabut sikit koz nak kena kena rushing pegi epot. Aku kena pegi epot before 7 am koz kena check in awal, since aku tak buat check in online. Aku bawak banyak gak barang2, satu luggage besar (which is my brother's luggage), satu bag kecik, then bag galas kt belakang dan jugak bag laptop..fuhh! If I'm not mistaken, my luggage is excess around almost 5 Kg..nasib lah naik MAS, kalo naik double A mesti nak kena bayar RM15 for each 1 kg excess baggage. Bengong kan double A. haha...
Then masa nak boarding tu, aku peluk erat2 mak dgn bapak aku..Rasa sedih sangat...entah rasa mcm sayu jer aku time tu. Sehari tu dekat kpg ada buat majlis makan doa selamat untuk aku yg nak pegi sambung study balik ni. Terasa besar sungguh harapan org kampung, harapan family aku dan semua yg kenal dgn aku. Sampai satu tahap diorang ckp kalo boleh aku jadi wakil rakyat kt hometown aku. Sungguh terharu dgn kepercayaan mereka kt aku..How I wish kan..sigh..Masa msk flite tu pulak aku cari lah tempat duduk aku (koz aku punya seat tu tepi tingkap, then aku beli pulak tu. ahaks!), then aku tengok sorang mamat ni (chinese I think) slumber jer duduk kt seat aku. Then aku bg tau kt dia, "I'm sorry sir, that is my seat." Aku bukan nak berkira ke apa, since aku dah beli seat tu, what for aku biarkan dia slumber jer duduk situ. Lagi pun kt tiket kita memang dah tetapkan kita duduk kt mana kan? ok fine..so aku pun duduk kt seat aku tu..
Malam sebelum bertolak ke UKM ni aku dok fikir mcm mana nak bergerak ke UKM from KLIA ni. Dahlah aku tak kenal saudara mara yg lain yg boleh tolong temankan aku untuk hari pendaftaran jer. Bukan apa, sebelum ni aku dah janji dgn junior aku masa degree dulu nak mintak tlong dia masa hari pendaftaran nanti, mula dia ckp ok jer takde masalah nak tolong ambikkan aku kt KLIA then terus bawak pegi ke UKM. Malangnya dia send msg kt aku cakap tak dapat nak tolong aku, koz adik dia pun register degree kt UiTM Shah Alam pada hari yg sama aku register kt UKM. So, terima kasih kt dia koz bagi tau kt aku awal2. Kalo dia tak bagi tau awal2 melopong lah aku sorang2 kt KLIA tu tunggu dia tu. Takpe lah kan..so since dia tak dpt nak tolong aku, aku pun come out with new idea nak sewa keta sewa! drive sendiri dari KLIA and heading to UKM. Aku dah biasa jugak nak pegi UKM ni since dulu abang aku dok kt Taman Tenaga Kajang then masa aku buat thesis degree aku dulu aku pun biasa jugak kt area UKM ni. then aku dok search kt mudah untuk cari kereta sewa. Mahal gak nak sewa keta (masa tu aku fikir pasal duit jugak koz fikir pasal elaun TPM ni entah bila masuk nyer nanti tu.). Kalau abang aku masih dok kt Kajang senang jer nak mintak tolong dia. Memang takde masalah lah nak pegi register tu.
Tiba2 pulak aku teringat dgn my uncle, (dia ni pong2 sikit..tau2 jerlah kan..hehe..Tengku Kuzie nama dia, biasa panggil Rozie jer, dia ni pangkat pakcik dgn aku since dia dgn bapak aku adalah dua pupu. don't judge him on his physical appearance ok..dia ni tersangat2 lah baik. Sangat baik kt aku..kalo aku ada outstation kt KL, then kebetulan pulak aku ada kt KLIA, mesti dia akan jumpa aku and bagi few benda, Macam hari tu bulan puasa dia bagi coklet, before tu dia tolongkan aku cari banana cake and bagi kt aku..),then aku BBM kt dia tanya dia ada kt semenanjung ke tak, koz dia ni kerja kt LCCT Airport, kot aku leh mintak tolong dia hantarkan ke or tak pun maybe aku boleh pinjam kereta dia dulu ke untuk pegi register kt UKM tu. Malangnya, dia pun tak leh nak tolong aku koz dia masih bercuti raya kt sarawak. Then dia bg no phone sorang kenalan dia driver limo kt KLIA ni kt aku so that tlg hantarkan aku ke UKM.Dah worse come to worse tu kan aku kol jer lah kenalan driver LIMO tu, dia pun ok takde masalah nak ambik aku kt KLIA. Then sampai pulak KLIA aku kol lah dia..tiba2 pulak dia cakap dia tak leh nak ambik aku koz nak kena hantar anak dia pegi KLINIK, tetapi dia akan soh kwn dia tolong ambikkan aku..Alahai lah apa punya nasib lah..time tu aku memang stress giler..rasa mcm takde siapa2 yang dpt tolong aku.
Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan aku. keluar jer daripada epot tu aku tengok ada kain rentang drpd UKM. So aku terus tanya kt student2 UKM ni, boleh tak aku tumpang sekali koz actually diorang ni sambut budak2 degree from Sabah and Sarawak. Terima kasih banyak2 jugak kt diorang ni, dia ckp boleh jer naik, takde masalah. So aku kena kol balik driver teksi ni and explain everything to him lah cakap aku naik bas UKM. So dia pun takde masalah lagi pun dia tak sampai kt KLIA jugak.
FUhhhhh! baru boleh menarik nafas lega. Before naik bas UKM ni aku dok fikir nak stay kt mana malam ni. Before ni aku memang plan nak duduk kolej jer, bila tengok peta UKM tu baru aku realise Kolej Ungku Omar paling dekat dengan fakulti aku. Tapi masalah nya kwn aku cakap kolej tu takde kosong untuk post graduate, then memang aku ni kena dok kt Kolej Pendeta Za'ba jugak. And aku kol lah diorang pejabat kolej Pendeta Za'ba ni tanya masih ada bilik kosong tak. Diorang cakap pergi jer kt Za'ba, banyak lagi bilik kosong..So another relief for me..Baru boleh senyum lebar kan..Jadi, naiklah aku bas UKM ni,ada lah kenal sorang budak sabah yg bakal sama kolej pendeta za'ba ni. Sampai jer Za'ba, aku punggah barang2 aku ni, dengan luggage besar and plus another satu lagi bag, bag laptop and etc..rasa mcm nak pergi berperang jer aku tengok diri aku sendiri...haha..dahlah nak kena turun naik tangga nak pg ke pejabat kolej tu. Sampai2 nak register kt pejabat Kolej tu dia orang soh aku pergi register dulu kt Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), mendaftar sebagai pelajar dahulu baru boleh register kt kolej..Sudahh! satu masalah lagi., syukur budak2 fasilitator untuk budak degree ni sanggup tolong aku. So, aku tinggalkan luggage, bag laptop and etc kt pejabat kolej..Aku bawak jer dokumen2 penting untuk pendaftaran. Walaupun dalam hati rasa risau tak bawak bag laptop aku tu sekali. Thank you sangat2 kepada dua budak degree ni yg sanggup tolong hantar aku ke PPS, (aku memang takde idea langsung kt mana PPS tu semua). Dia org berdua ni tolong hantar aku pergi ke PPS untuk pendaftaran. Sampai jer kt PPS tu, aku tengok sorang mamat ni. Then aku tegur dia, muka mcm sabahan..then bila aku cakap aku from Sarawak, rupa nyer dia pun dr sarawak. haha..nama dia Richard. (yg pasti nama tu nama samaran dia, haha..dia ni mix rasanya, koz masa aku register tu, aku dok sebelah dia nama dia ni ada Muhammad, entah apa motif dia rahsiakan nama betul dia, ) so dia ni lah yg jadi kawan aku masa pendaftaran tu. dia ni cikgu, buat PhD in Geografi.
Habis jer pendaftaran kt PPS aku dgn Richard nak pegi lah makan tgh hari. Tanya org kt situ kt mana cafe terdekat, diaorang ckp kt Kolej Keris Mas, mak ai..dua2 kita org ni tak tau kt mana kolej tu., walaupun si richard ni dulu study kt UKM masa degree. So kita org pun explore lah nak cari kolej ni, naik bukit turun bukit, akhir nya jumpa gak..Malangnya, kafe tu tak bukak lagi. yg ada hanya jual minuman jer. Ada makanan, tapi makanan tu untuk fasilitator minggu orientasi budak2 baru degree. Aku tanya org kt situ, blh tak kita org beli makanan tu, bukan mintak pun. Dia ckp budak2 fasilitator ni masih ada yg makan. Oklah fine, dia memang tak berani nak jual jugak makanan tu (masa tu aku memang lapar gila. Kebulur giler time tu..huhu) takde rezeki nak buat mcm mana kan. So aku dgn richard ni beli jer lah air 100 plus. Aku yang tolong bayarkan. Tu jer mampu belanja si Richard ni.
Then aku nak balik semula ke Kolej Pendeta Za'ba, mula tu aku kol dua org budak degree yg tolong hantarkan aku tadi tu, koz diorang ckp kt aku kalo dah hbs register tu boleh kol diorang. Then diorang ckp diorang kt luar, kt Bangi so aku ckp takpelah, aku naik bas jer..diorang bagi tau lah guna bas apa semua. Aku dgn richard ni tunggu lah bas dekat bas stop Kolej Keris Mas tu, tunggu punya tunggu sampai lah bas 6Z/6K. Aku naik bas tu balik semula ke Kolej Pendeta Za'ba manakala si Richard pulak balik KL koz dia stay kt hotel di KL. Dia ajak aku lepak sekali kt KL, aku cakap takpe lah nak settle pasal kolej dulu apa semua, lagipun aku penat giler time tu. Yg aku nampak hanya tilam jer, nak rebahkan badan nak tdo puas2..haha
Sampai jer kt pejabat kolej pendeta za'ba aku terus register nak dapatkan bilik. Masa register tu nama aku sorang jer takde roomate lagi. Aku dapat bilik tk blok H, and no bilik pulak H1205. Mula2 tu aku punya expectation kt kolej di UKM ni tinggi jugak. Mana tau mcm apartment ke kan. Yer lah..UKM lah katakan. Sampai2 kt bilik..mai ai! teruk giler..elok lagi kolej Seri Mulu yg aku duduk selama 3 tahun kt UiTM Sarawak tu. Bangunan dari luar jer nampak gah. Dalam dia tak menarik langsung..banyak sangat kekurangan..
tu jer lah citer pasal pendaftaran aku kt kolej ni ekk..nanti citer pasal aku pegi kuliah and kawan2 yg aku jumpa kt UKM ni..peace!!!!
No comments:
Post a Comment