nak mula dari mane ekk? oklah nak cerita serba sedikit pasal tahun 2012 sebab hari ni dah last day dah kita kt tahun ni. Tahun 2012 aku boleh katakan tahun yang sangat-sangat mencabar terutamanya dari segi kewangan. owh btw, lupa nak mention, in 2012 jugak lah aku habis dan tamatkan master aku. To be accurate, I got my master within 11 months. I still remember that I had registered in UKM on 5th September 2011. and I went back to my kampung after completed my thesis on my birthday this year which is on 9 August 2012. So as you can see not even sampai setahun dah siap master. but honestly, a bit sad lah because I managed to get 0.01 a slightly higher than my bachelor degree CGPA for my master. Because I was thinking on to get at least 3.75 for my master, nevertheless takpe lah, sebab tu master people dont bother to see what CGPA you got for your master except for your bachelor degree. Kalo bachelor degree, yes you need to get at least 3 pointer and above.
I must say that I was indebted to someone. Thank you for your harsh words to me that day. Your words had motivated me to complete my master this year. Because I swear I never ever see you again after what you have done. Even dlm fb sempat lagi kutuk-kutuk aku, and so relief that you first removed me from your fb. Elok sangat lah tu. Walaupun sangat2 sentap dan sangat sakit hati dan sangat sangat hina dihina seperti itu oleh seorang insan yang aku anggap kawan selama di UKM but I take it positively. Never in my life again jumpa orang mcm tu. If you suddenly across here and read this post I must Say Thank you to you sebab kalo ko tak sumpah seranah aku hari tu, memang aku ada intention nak extend satu semester lagi purposely to do my thesis. Pengajaran yang aku dpt dari peristiwa itu Jangan terlampau baik dengan orang. nanti org ambik kesempatan atas kita, dah kita dia tak ambik advantage lagi dia pergi sumpah seranah kita lah.
To tell you the truth, kalo ekotkan aku memang tak akan mampu siap thesis hanya dalam masa dua bulan. Aku masih ingat lagi aku habis paper on 20 June 2012, than lepas tu baru aku baru berpeluang nak jenguk sample serangga aku yang terperuk kt bawah katil aku dekat nak berapa bulan dah. Actually aku dapat sample tu last year dah, I think few weeks after aku mendaftar di UKM. Tapi awal2 semester tu even proposal pun aku tak siap lagi so aku tak tau apa benda aku nak buat. My supervisor just told me to do this and that. Without further explanation on what to be done. Tapi walaupun dia mcm tu, my supervisor sangat memudahkan kerja I, the secret is never tell your supervisor what you going to do, because he or she will tell you to what you going to do! haha..like friend of mine, my only chinese friend in UKM, Khiung Jia Hao dia punya supervisor is lect perempuan, dia ni setiap kali hantar asyik salah itu dan salah ni..and his supervisor sangat-sangat lah perfectionist punya lect. I don't know what happen to his thesis, did he managed to complete his thesis this semester? Honestly tak tau sebab lama dah tak contact dia. Dia ni mcm redha jer dengan apa yang supervisor dia soh buat. (nasib lah aku tak buat thesis under dia, thanks to my senior, Nadia Nisha and Tun Mohd Firdaus as well as Syazwan, before aku nak pilih supervisor tu aku tanya lah pendapat diorang ni semua, daripada feedback diorang Dr. WSL harus dielakkan untuk dijadikan supervisor! kalo tidak mesti aku senasib dgn Jia Hao masih duduk termenung kat lab CIS (Centre for Insect Systematics) kutip-kutip ulat daripada buah nangka busuk then rearing ulat tadi paztu bagi paksa makan kat cicak..yuccckkks..haha.
(Classmate MSc Entomology, kelas Insect Physiology)
Barisan belakang dari kiri
Khiung Jia Hao, Tun Mohd Firdaus
Barisan depan dari kiri
Haslinda, Nurul Aina, Aku lah, Athirah, Diana
Diorang ni tengah cari line. ada lah sebar dua..kalo guna 3310 mesti dapat tangkap line telco.
Permandangan di Sri Lovely, Sik, Kedah
Selain program dengan classmate master, aku jugak slalu join program yang PEMASRA (Persatuan Mahasiwa Sarawak) anjurkan. Yang aku paling ingat ialah program perhimpunan jutaan belia dekat putrajaya selain program ramah tamah aidilfitri yang dibuat tahun sebelumnya. Dari pagi sampai pukul 8 baru lah sampai kt kolej. Dalam paper cakap 2 juta belia yang hadir, entahlah, biasalah kerajaan punya paper, opkoz lah nak angka yang gempak2 kan..haha...
Aku yang menjadi DJ jemputan yang overshadow existing DJ masa himpunan belia tu..wkakaka
Shareyl and his geng, geng skolah Openg katanyer..
Btw, just nak bagi tau masuk semester dua aku pindah kolej, aku duduk dekat kolej abang aku dulu duduk masa dia buat degree dia dekat UKM, which is Kolej Rahim Kajai (KRK) Kolej ni dekat dengan stadium. So petang2 memang aku slalu join program kt stadium tu, kalo tak jogging aku join program senam seni dengan staf UKM sekali student UKM. Aku memang tak ramai geng kt UKM, selain budak2 master entomologi yg dekat lab CIS tu, aku rapat dengan budak2 undergrad dari Sarawak,, shareyl and the geng lah..Kadang2 keluar pasar malam dgn Shareyl pegi makan our favourite bakso. Shareyl pes time pergi makan kat gerai di pasar malam trs dia nak pergi lagi kt situ. Aku ingatkan budak tu jenis yang tak pergi sangat kt gerai2 di pasar malam, al maklumlah kategori artis dari korea. haha..Sorang lagi peneman setia aku masa aku gigih habiskan thesis aku beberapa bulan di UKM dan peneman setia masa aku berbuka puasa ialah Arif. Aku dgn dia jer lah rasanya yang menghuni Kolej Rahim Kajai masa cuti sem tu. Yang best nya pasal arif ni, aku ajak dia temankan aku pergi mana2 dia ekot jer. haha. tp most of the time memang aku suka keluar sorang2. Kalo pergi KL pun aku suka keluar sorang2. Pernah sekali dua jer aku keluar KL dgn arif entah apa benda masa tu nak cari apa entah masa bulan puasa tu.
Lepas aku berjaya siapkan thesis aku tu, aku dah siap siap booking ticket flight nak balik raya dan balik untuk selamanya dari UKM pada 9 Ogos 2012. Kononnya nak balik pada hari jadi aku mana lah tau kot kot ada special treatment from MAS ke kebetulan pulak ticket flight masa tu sangat murah kalo naik MAS. RM159 kalo tak silap aku harga tiket aku masa tu. Aku VIVA (presentation thesis) pada 7 hb Ogos, dan thesis pulak kena buat correction, aku malas nak fikir panjang aku siapkan setakat apa yang termampu hantar kt supervisor aku soh dia check balik walaupun dia ada argue dgn apa yang aku tulis dekat discussion then aku tanya dia balik nak kena delete ke part yang dia tak berapa nak setuju tu, then dia ckp kt aku takpe lah biarkan jer sebab tu thesis aku. senang kerja aku..sangat2 berterima kasih dengan my supervisor. Walaupun dia mcm tu, dia check betul2 thesis aku tu. The only Professor yang mengajar program MSc Entomologi UKM.. Ko gile ke ape nak argue dgn dia, professor tu! haha. Btw, nak ucapakan thanks banyak2 kt semua yang tolong aku siapkan thesis aku tu terutamanya geng2 CIS, Abg Ruslan Md Yusop, Abg Fauzi Muzamil, Kak Salvana Hamid, Kak Izfa-Riza Hazmi, Kak Alia Rizki Abdullah, Tamalia Amanda Putri, Fahmi, Hafizal dan jugak Jia Hao. Diorang ni semua lah yang banyak bagi idea dan pandangan secara akdemik dalam aku menyiapkan thesis aku.
Kalo korang nak tau, actually aku nak buat satu entry special nak cerita pasal TPM aku tu. Since aku takde masa aku rangkumkan sekali lah dengan rumusan bagi entry terakhir tahun 2012 ni. Urusan TPM aku untuk tahun 2012 sangat sangat merimaskan! Korang boleh bayangkan, diorang punya prosedur tak berapa nak betul, sekejap cakap mcm tu sekejap cakap mcm ni. Aku punya biasiswa ni memang sampai Mac 2013, sebab tawaran biasiswa aku adalah selama setahun setengah ataupun 3 semester. Disebabkan tarikh VIVA tak tau lagi masa tu, aku risau yang aku ni balik masa nak raya, kalo masa nak raya memang mahal bebeno lah harga tiket flight. Kononnya nak mintak pihak UiTM yang belikan sebab aku kan under tajaan biasiswa TPM. Tapi aleh2 pihak UiTM Shah Alam soh aku ni pergi melapor diri pulak kt Shah Alam. Melapor diri tamat pengajian katanya. Pada mulanya aku memang tak nak melapor diri sebab aku mati-mati ingat kalo lapor diri tu terus kerja. Sebab nak rilek sekejap lah, ko gile ke ape cuti sem aku bertungkus lumus siapkan thesis takkan terus nak masuk kerja memang takde cuti langsung lah aku. Lagipun biasiswa aku valid sampai march 2013. Last2 aku mengalah jugak pergi melapor diri ke UiTM Shah Alam, masa tu pulak nasib lah ada si Paan ni yang tolong temankan aku melapor diri di Shah Alam, dia lah yang temankan aku pergi ke Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, then terus pergi ke Pejabat Dekat Fakulti jumpa dengan Prof. Datuk Nasuddin Othman. Thank you so much paan! my junior yang always help me hari hari terakhir aku di UKM.
Dah siap buat hard cover semua dekat my favourite kedai belakang UPM tu, nama kedai tu Lot Two Resources, ada 5 salinan semuanya, semuanya aku buat hard cover, (2 salinan utk UKM, satu utk supervisor aku, satu lagi utk sekreteriat fakulti, 2 utk UiTM - satu utk PTAR, satu utk KPT dan kononnya satu lagi tu untuk simpanan aku sendiri lah). Dah siap tu aku rushing pergi ke fac hantar benda semua kt Azuan sebab aku tak sempat nak hand over kt my supervisor. Last day aku di UKM memang sangat2 banyak benda nak kena settle, terutamanya nak kena hantar motorsikal cousin aku tu, terpaksalah mintak tolong my uncle, Usu Rozie tolong hantarkan aku ke KLIA. Dahlah masa dia sampai kt UKM tu aku tak habis packing lagi, menggelabah giler aku time tu, aku main sumbat sumbat jer semua benda dah masa tu, tak boleh lagi nak rilek2 lagi. Aku masukkan barang aku semua dalam kereta dia then aku follow dia guna motor sebab nak letak motor tu kt rumah dia dulu sementara kazen aku ambik nanti. Before pg KLIA tu aku tinggalkan beberapa brg aku kt rumah Usu Rozie takut nanti exesss baggage. Tapi sesampai sajer aku di KLIA,, usu Rozie terserempak dengan kawan dia yang jaga kaunter utk first class passenger dan dia soh aku follow jer kawan dia tu, korang tau tak aku check in dekat first class counter then dpt tag "priority baggage" dekat luggage and semua barang2 aku. Dan aku tak dikenakan cas langsung atas lebihan baggage. Kalau lah aku tau, aku bawak jer semua barang2 aku tu tak payah nak tinggal tingalkan kt rumah usu rozie. Sebab aku plan nak bawak barang tu nanti masa konvo.
Bila dah balik kampung lepas siapkan thesis aku semua tu, best nye sembahyang terawih di surau kt kampung. Sebab aku masih ingat lagi last aku berkesempatan sembahyang terawih kt surau di kampung aku tu masa aku skolah dulu..lepas tu aku sambung diploma di UiTM Samarahan, degree di UiTM Shah Alam kerja dua tahun di UiTM Mukah, then setahun pindah di UiTM Samarahan, paztu pulak sambung master di UKM Bangi. So secara keseluruhannya aku kehidupan aku seperti orang nomad sejak menamatkan alam persekolahan. Hari-hari pertama aku di kampung selepas balik dari UKM tu tiba2 aku dapat call my supervisor "Yus, awak tak hantar lagi awk punya thesis yang hard cover, kalo u tak hantar I akan bagi tau Prof Zubaid untuk hold awk punya result dan awk tak dpt grad semester ni" terus aku jawab kt dia "Prof sy dah bagi dah salinan hard cover tu semua dekat Azuan, nanti Azuan hantar kt prof saya dah balik Sarawak dah ni, saya tak sempat nak hand over sendiri kt prof. " Lepas Supervisor aku call tu, tiba2 aku terfikir,, ok jugak kalo supervisor aku hold aku punya keputusan, supaya aku dapat Status as "LULUS DAN LAYAK MENERUSKAN PENGAJIAN" di dalam slip keputusan exam aku tu. Boleh aku guna untuk hantar kt bahagian biasiswa so dat satu semester aku duduk free free jer kt kampung tak buat apa2. Sebab kalo pihak sekretiat siswazah fakulti dah key in markah untuk thesis aku tu, status dekat keputusan peperiksaan aku tu akan jadi "TAMAT PENGAJIAN" la. tak kan nak guna slip keputusan yang sah sah kata aku dah tamat tu untuk dihantar ke bahagian biasiswa. Sah sah diorang terus stop elaun aku. Tp bila mengenangkan aku dah melapor diri tamat pengajian di JPbSM UiTM Shah Alam, there is no turning back bagi aku. Aku mesti grad tahun ni jugak dan konvo tahun ni jugak..aku dah nekad!
gambar ni semua izwan yang ambik, tp aku yg tlg set kan, fatwa nak ambik gambar biar gambar tu kandid. takpayah soh pengantin or subjek tu buat itu dan ini.
Habis jer raya 2012 ni org dah mula balik kerja. Terfikir jugak aku nak buat ape ekk sementara tunggu surat senat dari UKM ni dapat. So aku ada sorang kawan yang sama sekolah dulu kerja kt SMK Simunjan No. 1,, dia bg tahu kt aku ada kerja kosong as Cikgu ganti kt skolah tu mengajar sains. Dia soh aku cepat2 hantar resume ke skolah, hari aku hantar resume tu jugak cikgu kt skolah tu which is Penolong Kanan 1, terangkan kan kt aku tentang jadual waktu apa semua. Aku dah pesan awal2 kt kwn aku tu tak payah bagi tau aku ni ada master apa semua, check2 dia pulak bg tau kt cikgu penolong kanan 1 tu. Masa aku hantar resume tu pun aku tak letak aku ada master dlm resume tu. Nanti org kata over lah pulak, nak mintak jadi cikgu ganti tapi ada master. Masa aku lapor diri tu penolong kanan 1 tu dah maklumkan awal2 kt aku yang gaji aku hanya dgn gred diploma iaitu RM72 sehari, kalo ekotkan aku layak dpt bayaran RM100 sehari bagi bachelor degree. Memandangkan aku hanyalah guru ganti yang menggantikan guru ganti (faham tak?, haha) yang kelulusan dia hanyalah STPM so bila aku menggantikan dia aku terpaksa guna surat kelulusan pertama dia tu yang hanya ada kelayakan STPM which is equivalent to Diploma. Nasib lah aku ada Diploma, kalo aku takde DIploma opkoz lah gaji aku guna level SPM. Sebab aku takde STPM. haha. Bagus gak ada diploma ni kan.
Yes! saya berjaya akhirnya!
Gmbar studio ada double chin kena diet tahun 2013 kembali kurus masa diploma
With my dearest one. thank you datang my convo, your convocation next year I akan dtg jugak kalo ada kelapangan
My labmates, Faiq, Kak Alia, Nicholas and Angeline
My great supervisor, Professor of Entomology, Prof. Dr. Idris Abdul Ghani
my beloved one, my parents and my dear honey
Convocation gifts, banyak kan bunga? never expect I got so many bunga on my convocation day.haha
Lepas konvo tu pulak menganggur lagi lah aku sebab kontrak aku untuk jadi cikgu ganti tu dah tamat. So duduk lah aku termenung kat rumah layan mana2 drama korea yang best. Haha. dah takde keja kan. nak online internet celcom broadband mcm gampang. so aku memang jarang online, kalo tak boleh jer aku update blog hari2 masa aku free takde keja nak buat after convo hari tu. Dokumen2 untuk lantikan as pensyarah aku dah hantar bulan 9, sebab diorang maklumkan kat aku surat senat memadai untuk lantikan as pensyarah alih2 masa konvo hari tu aku siap bagi official transcript and scroll ke Shah Alam, aku dah naik give up dah sebab selalu sangat call bahagian perjawatan tanya surat lantikan dah dapat ke tak. Korang bayangkan aku hantar dokumen on end of September tp surat lantikan hanya dapat pada end of November...bukan setakat surat senat aku hantar, siap lengkap dgn transkrip sekali dgn skrol akademik aku hantar kt bahagian perjawatan. Katanya pihak fakulti yang lambat bagi surat arahan penempatan, dah siap surat lantikan pulak Pendaftar takde kt pejabat nak sign surat lantikan aku tu. Memang sangat-sangat mencabar minda dan raga aku lah masa tu. Dan at last, on 21 November 2012, surat yang ditunggu pun tiba. A bit sad lah sebab sebelum tu aku ada call bahagian perjawatan, katanya aku akan dapat tunggakan gaji mengikut surat pengesahan senat yang telah dikeluarkan pada 24 Julai 2012. Maksudnya, secara teknikal nya aku memang dah ada master effective on 24 July. Bila sampai surat tu aku baca sampai habis, tarikh kuat kuasa lantikan aku adalah pada tarikh aku melapor diri which is on 22 November. Dahlah sepanjang aku menunggu surat lantikan aku ni aku tak dapat elaun biasiswa aku, lepas tu pulak takde tunggakan gaji maksudnya sejak dari tarikh aku melapor diri I got NOTHING! huhu.,takpe lah,, at least dah dpt surat nasib lah bulan November, dapat lah jugak aku merasa bonus yang Najib umumkan hari tu. hehe..
Back to my life as a lecturer and no longer as Junior Lecturer dengan status jawatan sebagai Pensyarah DM45 (Sementara). Next is tunggu lantikan tetap. Most probably tengah tahun depan ni. I hope so sebab with status tetap baru lah secure sikit kan. nak confirm lagi. btw, masa lapor diri tu aku request bilik lama aku which is M234, tp malangnya bilik tu tak berapa nak lengkap,, cabinet takde, soft board pulak dia tak letak kt dinding ingat aku ke nak letak sendiri benda tu? Last-last aku jumpa Puan Salmah mintak pindah bilik and now here is my current room.
ok lah tgh malam nanti aku update lagi utk azam tahun 2013 nak pi pasar kejap hantar mak and bapak aku diorang nak tengok count down 2013,, aku lebih prefer dok kt rumah jer sebenarnya....












No comments:
Post a Comment