
Bangun pagi tadi rasa macam pening2 lalat je r kepala..paztu terus bukak riuh pagi di ERA...beysalah dengar coleteh Pak Nil dan Din Beramboi pagi-pagi..Pagi tadi topik nya pasal perlawanan bola sepak final antara Kelantan menentang Negeri Sembilan..aku sokong pasukan mana? haha...aku pasal bola2 ni tak ambik port sangat..lantak lah diorang nak main ke ape..asalkan jangan buat rusuhan jer lepas habis main tu..btw, I hope pasukan Nogori yang
menang lah...kalau kelantan menang pun OK jugak..50:50 lah..wat everlah..asalkan diorang gembira..kannn..

tengah menaip blog ni kan, tetiba I dapat masej dari my bro tru FB...dia cakap dia nak berhenti keja on 2nd Disember ni..mula nya aku ingatkan dia dapat keja tetap ke apa ke..mcm polis ke, pegawai kt government ke...rupa-rupanya dia bagi tau kt aku dah tak tahan keja kat situ lagi..Management asyik Boom Boom Pow org tak tentu pasal..ramai lagi budak2 lain yang keja kt situ akan resign...alahailah..kesian aku dgr cite abang aku tu
dulu mula-mula hbs diploma dari poly dulu dia cakap dia tak nak keja kat company lama dia tu..siap dia tanam tebu lah apa lah kt keliling rumah kt kampung..katanya nak bizness jual tebu..sekarang ni kalau balik kampung rmh penuh semak dgn tebu..tp ok jugak idea tu, koz tebu ni kalau kena tempatanya boleh buat duit..macam saudara aku sorang tu
Bang Buang, air tebu dia tulah air tebu special..kalo nak air tebu betul2 air tebu, pegilah kat Simunjan...ada gerai jual air tebu tak jauh dari gerai di pasar pekan simunjan..air tebu dia memang pure...aku dah buat perbandingan dah..takde tempat lain yang jual air tebu macam dia tu..biasa orang ni letak air dan ais jer banyak, paztu tawar rasa...air tebu Bang Buang ni lain, memang sedap..
Oklah bebalik cita pasal abang aku berhenti keja ni, dia ni kalau dengan aku ni taklah berapa rapat sangat..sekadar macam tu sajer...biasa lah kan adik beradik.pernah jugak gaduh-gaduh time kecik2 dulu..
aku pernah sekali gaduh kat dia becoz of aku main tuning radio..aku tukar tune dari FM ke AM sukalah dengar radio yang entah apa2 dari negara mana entah..aku asyik pusing jer tuning tu..before tu abang aku dah warning dah, jangan main tuning radio tu, nanti rosak..aku ni memang degil, lagi org tegur lagi tu lah aku buat..last kena flying kick oleh abang aku..kalau tak silap dalam toilet ke time tu.haha..apa-apa pun tu kisah lama lah..banyak lagi cita aku tak sebulu dengan dia ni..

Bila dewasa ni kan bila bercerita dengan dia pasal apa isu kan best lah pulak..especially pasal politik..boleh di ajak ber"rejab" pasal isu politik semasa..dialah penyokong kuat Barisan Nasional dalam famali aku ni..haha..biasalah, kalau dia ni bercakap memang tak ingat dunia..suara memang tak leh nak kontrol..macam aku ni jugak..haha..kalau aku ni bercakap kata orang sarawak memang 'tebaq-baq" lah suara..semua orang leh dengar..tp, time dating dengan awek aku dulu takde lah pulak suara kuat macam tu..pandai jer control suara.haha..
Apa-apa pun, aku harapkan yang terbaik untuk abang aku..kerana aku dengan abang aku tu lah saja tinggal harapan mak aku.koz kami berdua ni jer lah yang masih bujang daripada 10 orang adik beradik..lagipun dia ni atas aku, aku pulak bongsu...nak tak nak dia kena kawen dulu baru aku..so, biarlah aku penutup segala nya koz aku ni bongsu..Aku harapkan sangat kalau aku boleh membantu dia mendapatkan kerja..tengoklah kalau ada jumpa kat mana-mana jawatan kosong ker ape ke nanti aku bagi tau kat dia..
##Ada ke aku cita pasal budak exam tadi?


No comments:
Post a Comment