Morning...
Malam tadi aku tak dapat tido dengan lena...ni menaip blog ni pun mata kuyu semacam jer....
Before tu aku citer sedikit dulu pasal Sifu dan Tongga ni...Not bad lah..tapi tak nampak sangat lawak nyer..macam dibuat-buat...Ada tiga perkara yang aku ingat dalam citer tu..Pertama cara diaorang hitung, 1, 3 9..then ada tag line dia, An! An! An!....part yang paling best bila si saiful apek menurun...bila time datuk dia merasuk dalam tubuh dia..part tu yang lawak..Nabil secara keseluruhannya tidak menyerlah dalam movie ni..Aku rasa nabil ni kalo berlakon memang tak natural..dia tu hanya natural bila buat sesuatu secara spontan..Tapi dalam rancangan Spontan hari tu aku tak berapa perasan lah di mana lucu nya si nabil tu...Part Azwan Ali jadi pondan tu pun lucu...last - last kuar suara jantan dia..Paztu apek perli, "Badan Perempuan, Suara Lelaki"..haha...Banyak pelakon-pelakon tambahan dalam citer tu..yang scene diaorang cuma satu jer...Macam scene Jaapar Onn kt kedai mamak, Ruminah Sidek kt Shopping Complex, Azwan Ali depan ATM Maybank, Din Beramboi jadi promoter kt Shopping Complex and Shamsul Ghau-Ghau jadi promoter kedai jual TV LCD..Lain-lain tu aku tak berapa nak ingat..
Lepas tengok Sifu dan Tongga malam tadi aku plan terus nak tido...tapi tak boleh tido..baring pun sekejap pusing ke kanan sekejap pusing ke kiri..korang nak tau brp lama aku mcm tu? dekat-dekat nak 1 jam..tak jugak tido-tido..aku tengok decoder astro aku, jam dah kol 12.00 or 00.00....tak caya ni ha gambar jam digital kt decoder astro aku tu..tu pun aku snap dalam gelap..
Paztu tiba-tiba rasa lapar menghantui aku..terus aku teringat dengan maggie kari aku..So dah rasa lapar sangat tu aku buat lah maggie..then pasang balik tv. Ajaib sungguh astro aku, walaupun hujan lebat malam tadi, still boleh terima lagi siaran..Aku layan Discovery Chanel malam tadi.."The Boy With Divine Powers"..kisah pasal budak 15 tahun yang bertafakur dan bertapa selama lebih daripada 11 bulan tanpa sebarang minuman dan makanan..budak tu stay jer duduk kt lubang di bawah sepohon pokok seperti apa yang dilakukan oleh pengasas agama buddha iaitu Guatama Buddha..kuku dengan rambut budak tu dah tumbuh panjang dah..last-last budak tu hilang entah kemana pada Mac 2007. Sains cuba merungkai keajaiban budak tersebut..tapi berlaku konflik antara fakta sains dengan budak tersebut..Kalau diikutkan manusia yang normal tidak akan dapat bertahan tanpa air tidak lebih daripada 3 hari ni..budak tu dah 11 bulan tak makan tak minum apa-apa..duduk jer pejam mata dan bertafakur kt bawah pokok tu..Siap ada saintis bagi teori budak tu gunakan sumber cahaya matahari untuk mendapatkan tenaga..mcm proses fotosintesis lah pulak..nak percaya lebih-lebih takut nanti jatuh pada syirik...just layan jer lah...nak hilang boring-boring tengah malam buta tu..
Paz layan dokumentari tu aku dalam kol 2 macam tu baru lah aku dapat tido...tetapi ia tak bertahan lama..dalam pukul 3.20 pagi macam tu aku terjaga tiba-tiba..kerana hujan ribut yang sangat lebat..bukan setakat tu sajer, dengan guruh dan kilat yang sabung menyabung..aku terus teringat pasal pc kt opis aku ni...aku biar jer pc terpasang koz download movie..dengan beranggapan cuaca ok jer..before ni pc aku pernah kena lightning, motherboard hangus..nasib fail-fail masih ada lagi..just gantikan motherboard jer..tu pun lama gak aku tunggu supplier dair Sibu datang tolong baiki..
Takut pisang berbuah dua kali, terus mata aku tak leh nak tido..risaukan manalah tau something bad happen to my pc..kalo rosak kena lightning jer takpelah..tapi kalo rosak paztu kena shock circuit? kang naya aku..terus aku terfikir fail-fail dalam pc aku0..markah exam bebudak semua..dahlah aku tak buat salinan pendua (copy file) markah tu...Lebih extrema lagi aku siap terbayangkan yang pc aku ni hangus paztu opis aku terbakar..terus teringat kertas jawapan final student aku yang aku letak dalam locker berkunci bawah meja aku...serabut kepala aku malam tadi..siap aku plan nak pg kampus nak tengok kan opis aku...Aku ni kalo part berimaginasi benda yang bukan-bukan ni memang...
Bila hujan dah reda sikit barulah hati aku senang..rumah aku malam tadi berapa kali dah black eye peace..(black out lah,haha)...tapi tengok rumah sebelah tak pulak blackout.. koz kt rumah landlord aku tu dia pasang kotak fius yang sangat sensitif pada kilat..asal kilat jer terus black out..ok jugaklah safety ckit..koz kira nya rumah landlord tu electricity consumption dia untuk dua buah rumah..koz rumah aku tu electric sambung tk rumah dia..kalau aku bayar sewa rumah lambat ke alamatnya kena potong lah karan rumah aku..acah jer..aku ni paling lambat bayar sewa rumah pun seminggu..tu pun koz tunggu gaji masuk..tapi aku inforlah owner rumah tu dulu..nanti tak pasal-pasal kena halau dari rumah kan...
Pagi tadi aku bangun dalam suku lagi nak kol 8...kedengaran sayup-sayup hujan rintis di luar..nasib hujan rintis, kalau tak kang aku kena pakai baju hujan semua...huh...bilalah nak ada keta sendiri ni..odw pg opis pagi tadi terus aku terfikir balik pasal pc aku ni..dalam hati mesti ok..takde pape yang berlaku..coz kalo something bad happen mesti click aku ada hantar masej ke call ker bagi tau kt aku.Masuk-masuk opis, alhamdulillah selamat pc aku..
Tengok bawah ni,,masih sihat jer dia..sempat lagi aku mengarang blog pagi-pagi..haha
(Sorry ekk, opis aku ni memang berterabur sikit, malas nak cakap.aku kemas hari ni, esok dah messy lagi..lepas exam budak ni aku kemaskan balik,hehe)

.jpg)



.jpg)
No comments:
Post a Comment