Pages

Sunday, January 3, 2010

Bulan Ekonomi GAWAT!

Salam.

Baru jer lepas dinner dgn si Debbie tadi. Time jogging petang tadi aku tak bawak hp. Sampai-sampai jer kat rumah tengok ada masej dgn miss called dari Debbie. Debbie ajak kuar makan. 3 hari ini aku dah tak makan malam, koz diet (azam tahun baru nak turunkan berat badan) dan jugak masalah ekonomi, haha...Takpelah kuar makan dengan deb, banyak benda nak dibualkan, yalah lama dah tak jumpa...

Tahun Baru 2010 aku di mulai dengan kegawatan ekonomi or in other words personal economics downturn..haha..Seriously, bulan lepas aku ter over budjet. Coz tak expect pun akan gawat macam ni.. Gawat sangat adohai..Susah aku nak terangkan, sampai satu tahap aku kena cuci pakaian aku sendiri. Biasanya aku pergi jer hantar kat laundry. Senang citer, diorang cuci paztu diorang lipat. Tapi it incurred costlah, biasnya dalam range RM10-RM20, tapi so far tak pernah exceeds RM20 sekali hantar..Paling tinggi pun RM16, tu pun koz baju dah dua minggu tak cuci. I told lah my honey yesterday, ckp I cuci baju..Then my honey reply msg "Rajinnya cuci baju, kata hantar kat dobi jer"..Hoho, terus I reply balik cakap economic downturn..Sambil-sambil tu bersenam jugak, kuarkan peluh sedikit..Haha...


(Macam tak percaya jer ku yang cuci semua pakaian ni...ahaks, exercise katakan..haha, Tank biru tu b4 ni takde kat situ, tuan rumah ckp tu untuk pelihara ikan keli...)

I told lah one of my best friend, ckp kat dia bulan ni bulan gawat bagi aku, paztu she asked me lah, apa ko belanja sakan sampai gawat macam tu sekali. Aku bagi tau kat dia lah, coz time kat Kuching hari tu aku terover budget. Taubat aku tak nak lagi attach kt Kuching lama. Hari tu sebulan aku kat Kuching, mula nya tu Academic Conference, then seminggu lepas tu attach kt UiTM Samarahan, minggu lepas tu ada Kursus Asas Pengajaran (KAP) juga kat UiTM Samarahan. Selepas tu aku cuti balik kampung. Selama kat Kuching tu memang duit tak tahan, bayangkan kalau pergi shopping complex ada jer barang nak di beli. Hatta nak balik ke Mukah hari tu pun kat airport sempat lagi shopping. Koz these two stuffs lah aku bulan ni merana. Sehari before balik ke Mukah tu aku jalan - jalan lah kat Boulevard, tiba-tiba ada tengok kedai cermin mata promotion. Mula nya tak terfikir pun nak buat spect baru, tapi bila fikir balik spect yang aku pakai tu dah lama jugak,time aku student dulu, tambahan pula nak tahun baru, so aku buat lah jugak. Aku dah agak dah, kalau mata aku ni buat spect mesi mahal dia punya lens, bukan apa silau tinggi sangat. Frame murah macam mana pun kalau dah add up with lens koma-koma pun RM300 ++. Spect aku hari tu harga dia RM350. Nantilah aku upload gambar spect baru aku tu koz belum sampai lagi. Semalam orang kedai tu call cakap dia orang tanya dah dapat ke tak spect tu koz diorang post kan dah hari Khamis tu. Aku cakap belum, so diorang bagi tau paling lambat pun hari Isnin (esok) takpun Selasa ni.

Satu lagi benda yang cut budget aku bulan ni ialah perfume. Aku ni memang pantang pergi kedai perfume, kalau tengok perfume yang macam best mesti nak beli. Walaupun stock perfume lama masih ada lagi. Tak tau lah, maybe dah tabiat buruk aku kot suka sangat beli perfume mahal-mahal. Harga biasanya dalam range RM150-RM200 ++. Yang lebih dari tu aku tak mampu lah..Paling murah perfume yang aku beli pun jenama entah apa hari tu..tu pun masa study dulu, beli kat sebuah booth. Jenama VOY harga kalau tak silap RM60++ macam. Zaman student katakan...last perfume aku beli before beli Hugo creat hari tu brand Body Shop, White Musk For Men. Jenama yang aku suka ialah Hugo dan Boss. Hari tu time nak balik tu nak boarding sempat lah jugak menengok-nengok perfume kat airport tu. Memang kat airport ni harga perfume dia special sikit. Entah macam mana hari tu takde fikir panjang aku terus beli perfume Hugo create yang Limited Edition tu, cost about RM219 after less 10% becoz aku guna staff ID abang kepada kawan aku yang kerja sebagai polis iaitu Special Branch kat airport tu. Dah penuh dah rak untuk aku letakkan segala macam harta karun aku tu. Bulan depan ni entah apa lagi aku beli..hoho..


(Koleksi peribadi: perfume (Boss Aqua Element, Chevignon, Voy, Hugo create, White Musk For Men ), Talcum (Black Suide -Avon) , deodarant (Black Suide -Avon) dan liquid gel (Shurei & Beyond: jenama apa entah, aku beli kat hometown aku hari tu koz aku tak bawak liquid gel aku) penuh dah, tal tau nak letak kat mana lagi

Kalau u all nak tau, bukan apa aku belanja terlebih hari tu, koz aku fikirkan yang kawan aku sorang tu akan duduk sama dengan aku bulan ni. Koz dia cakap dia dapat tawaran jadi lect jugak kat sini, tapi tunggu pengarah sign offer letter. So sewa rumah aku RM400, divide by two RM200 sorang lah.Save sikit lah duit aku. Tapi malangnya, orang lain yang dioffer. Kalau lelaki jugak takpelah, ni perempuan. Macam mana lah nak buat housemate, kalau jadi bini aku takpelah jugak..Haha..

Hari ini 3 Mac 2009. Tarikh hari ini merupakan road tax motorsikal aku tamat. Adohai.. Langsung aku terlepas pandang nak renew road tax moto aku ni. Hold on dulu lah, tunggu claims aku bulan ni kuar, barulah aku renew road tax moto aku tu. Mintak-mintak lah takde road block ker, JPJ ker, polis traffic ker.Kalau tak mampus aku..Naiya kena saman lagi. Saman parking kat Plaza Alam Sentral kat Shah Alam time study dulu pun masih tertunggah.. Siap ada surat sampai kat rumah. Bila check kat internet adalah dalam RM30 macam tu. Takut kang time nak renew road tax nanti kena black listed pulak. Payah tu. Biarlah dulu. Pelan-pelan, settle satu persatu.


(Surat peringatan saman yang aku dapat, huhuk..)


(Aku dah upload berapa kali indah, masih jugak dia kuar senget macam ni.Lantaklah, yang pasti tarikh 03 Januari 2009 tu jelas)

Bila fikir pasal duit ni memang tak hbs..tak boleh fikir sangat. Nanti kang kepala jadi pusing...haha..Ni satu lagi, kipas aku kat rumah ni. Koz sebulan tak buka time aku kat kuching hari tu, tiba-tiba dia buat hal lah pulak. Mintak beli baru lah tu. Problem dia, on the st day aku sampai rumah kat Mukah ni dulu, tiba-tiba tak boleh on. Kipas dia tak berpusing. Lama aku tunggu baru dia berpusing. Sampai sekarang pun macam tu, kena tunggu dalam beberapa minit baru dia nak berpusing. Harap-harap jangan dia tak berpusing terus sudah. Kalau dia tak nak berpusing terus tu tunggulah hbs bulan ni dulu. Haha..


(Mintak-mintaklah ko ni masih lagi berfungsi sampai hujung bulan ni, janganlah mampus dulu, hukhuk....)

2 comments:

  1. rajin2 la basuh baju..leh buka dobi lepas ni..hak3

    ReplyDelete
  2. iyer lah tu..haha..tp penat doe..sakit tangan menyental baju..kalo lah aku punya blik air tu besar ckit, dapat jer taruk washing machine satu..tp takpe..next year dah tak duduk rmh tu lagi, coz further master kt UKM!

    ReplyDelete