Seterusnya rasa lapar mula membelenggu diriku. Lantas aku terus berkemas-kemas mandi dan seterusnya membeli barang-barang keperluan dapur di rumah bujang ku ini. Terlihat di dalam peti sejuk ada beberapa ketul ayam. Fuh, boleh buat sup ni. Masalah nya takde halia. Dah habis, so aku terus keluar pergi ke Glory Supermarket kat Mukah ni untuk beli apa-apa yang patut, seperti Bawang Putih, Bawan Merah, Bawang Besar (Bawang Bakong), dan juga Halia. Barang-barang dapur lain seperti rempah tumis, serbuk lada sulah Ajinamoto, dan tidak lupar seikat sayur midin dan juga seketul Kobis. Sebelum balik ke rumah aku singgah sebentar di Juinhonn area KFC tu untuk beli telur, koz telur kat Glory Supermall mahal 20 sen, kat Juinhonn harganya hanya RM3.30.
(Beberapa barang dapur untuk bulan ini)
Sampai kat rumah terus aku masak ayam tadi. Alamak! Terkurang satu bahan, iaitu serai. Serai yang ada dalam bakul bawag tu pun dah kering. Serai yang dah berusia sebulan yang lalu. Terus aku teringat sebelah rmh sewa aku ini tuan rumah ada tanam serai. So, aku ambik lah seulas. Ok, sup ayam dah siap. Seterus nya pulak midin goreng belacan. Fuh, sedap ni. Haha..Boleh lah hari ini, murah jer makan kat rumah.. Semua tu tak sampai RM10. Kalau makan kat kedai kat luar mau nya sampai RM10.
Lepas makan tu tengoklah sekejap TV3, rancangan tahun baru diaorang, Movie Hantu raya. Entah apa-apa lah citer tu. Tak menarik langsung. Boring jer. Terus aku tukar saluran Astro Awani, tengok berita lagi bagus. Dalam pukul 4.45 petang macam tu aku tidur sekejap. Tekad nak bangun pukul 5.00 macam tu. Terbangun pulak pukul 5.15 macam tu. Terus aku berkemas-kemas untuk pergi jogging. Aku tuangkan air masak dalam bekas air, then ambik towel Giocomo yang aku beli kat sibu hari tu. Terus bergerak ke dataran pehin setia raja.
(Inilah towel Giocomo yang aku beli kat sibu tu, dia ada 3, satu tu towel besar, untuk mandi, sederhana kecil yang dalam gambar ni, dan yang kecil sekali, maybe untuk lap muka, kain dia memang lembut. Berbaloi beli towel ni.)
Before jogging tu, aku minum sedikit air yang aku bawak tadi tu. Then stretching dengan kiraan 1-8..haha. Paztu terus aku berjogging dengan melawan arah kenderaan lalu lalang. Bahaya kalau kita ikut arah laluan kederaan, kang kena langgar dari belakang percuma jer mati katak. Haha.
Semasa berjogging tu aku dapat rasa perbezaan dengan stamina aku. Sebelum ini aku masih ingat lagi yang aku ni cepat sangat semput. Tetapi hari ini aku berjaya buat satu pusingan mengelilingi menara pehin setia raja tersebut tanpa berhenti. Lebih menghairankan langsung tiada perasaan termengah-mengah. Terusnya aku terfikir adakah kerana kesan daripada air Bio Aura yang aku minum dalam seminggu ini? Mungkin betul disebabkan dalam seminggu ni aku telah minum air bio aura, ianya telah membersihkan sistem dalam badan aku dan seterusnya membuatkan aku lebih bertenaga. Setelah menggoogle aku dapati beberapa maklumat berkenaan dengan air bio Aura ni. Memang kemungkinanan besar air Bio Aura tersebut telah meningkat kadar metabolisma badan aku.
Untuk makluman semua yang aku dok sibuk citer pasal air bio aura ni bukan apa, sejak masuk semula ke pejabat dalam seminggu ini, macam-macam peralatan baru dalam pejabat pentadbiran. Ada scanner baru, ada peti sejuk baru, ada Micro Wave baru, tak lupa penapis air Bio Aura tu lah..Sejak ada penapis air Bio Aura tu aku selalu singgah ke pejabat pentadbiran, minum segalas dua pagi-pagi. Semalam aku bawak botol mineral besar then isikan dalam botol tersebut. Aku bawak air bio aura tersebut balik ke rumah. So sejak petang semalam sampailah pagi tadi aku telah habiskan sebotol besar air bio aura tersebut. No wonder lah aku rasa sungguh bertenaga semasa berjogging hari ini tadi..ahaks! Kalau ada rezeki aku nak beli jugak satu nanti kat rumah. Berguna jugak penapis air Bio Aura tu kat opis aku. Sebelum ni aku asyik perli jer rakan-rakan opis yang minum air tu. Siap aku selalu cakap "Saya rasa sungguh hebat setelah minum air bio Aura" dengan gaya iklan lagi tu.Ahaks! Tapi yang pastinya selepas ini aku akan selalu ke pejabat pentadbiran mengisi botol-botol mineral aku dengan air Bio Aura tersebut. Barang FREE siapa tak nak..haha..
Berbalik kepada tajuk post aku kali ini iaitu, "Tragedi di Tahun Baru", ia ada kaitannya dengan aktiviti aku petang tadi iaitu berjogging. Setelah merasa bertenaga, aku rasa bersemangat untuk membuat sekali lagi pusingan mengelilingi Menara Pehin Setia Raja tersebut. Semasa melalui selekoh di hadapan Masjid Pehin, entah macam mana spect frameless aku terjatuh dan tercampak ke jalan raya selepas aku mengelap peluh di dahiku menggunakan towel. Semasa spect tu terjatuh aku hanya mampu memandang. Kedua-dua belah lens nya hancur berderai. Terkedu seketika aku. Mana tak nya, macam tau-tau jer aku dah beli spect baru. Half-frame yang aku buat kat Boulevard Shopping Mall Kuching hari tu, sama jenama jugak Swatch. Aku kutip lah serpihan spect tersebut, dan meneruskan jogging aku. Tetapi aku berhenti seketika kerana merasa sungguh pelik dengan pemandangan sekeliling tanpa menggunakan cermin mata. Pemandangan di hadapan ku seolah-olah beralun-alun semasa aku meneruskan jogging aku tersebut. Last-last aku berjalan jer. Tak sanggup nak meneruskan sesi jogging aku petang tadi.
(Inilah rupa serpihan frameless spect aku tu, berderai pecah semua nya, before ni pernah gak pecah, tapi lens sebelah kanan jer, yang ni dua-dua pecah.kena buat baru lah gamak nya, huhu)
Selepas menamatkan pusingan kali ke dua, aku singgah sekejap melihat muda-mudi di Mukah ini bermain futsal. Agak menarik juga melihat mereka bermain futsal. Terasa ingin menyertai mereka tapi aku tidak mengenali mereka. Sejenak selepas itu aku berlalu dari situ dan terus balik ke rumah....

No comments:
Post a Comment